HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

Harga Barang Naik. Mana Kawalan?

Staff Berita Semasa

harga barang naik Harga Barang Naik. Mana Kawalan?

Salah seorang pembaca Berita Semasa, saudari Norazwani telah menghantar email kepada kami tentang gelombang harga barang naik yang berlaku ketika ini. Masalahnya di mana kawalannya?

Saya salah seorang peniaga makanan (murtabak) ingin membuat aduan..saya xpasti ni adalah tmpt yg sesuai utk mnyelesaikn msaalah yg saya hadapi atau x..sekiranya pihak tuan mmbaca artikel ni tolongla forward pd pihak bkenaan…harga bawang seguni 10kg $7 skrg ni harga bawang dinaikkn pd hrga $15 seguni (5kg saje skrg)..bayangknla bermakna harga bawang utk 10kg jtuh pd $30!!!saya dari klrga yg susah dgn pndptan ni saya mnjaja..jd saya nk tahu mane pemantauan harga2 kawalan?tolongla kekalkan harga lama..bg yg bpndptan rndah dgn mnjaja kecilan ni sgt mendukacitakn..kata nk menolong org golongan miskin..tp tgkla kdaan skrg sume brg naik..itu antra 1 brg yg saya ceritakn blm lg pada harga telor yg naik melambung2..TOLONG PANTAU HARGA!!!
TERIMA KASIH

Kepada Norazwani mungkin jawapan daripada Menteri berdasarkan paparan imej di atas boleh memberikan satu penyelesaian kepada saudari. Rakyat Malaysia bayar gaji seorang menteri kira-kira RM15,000 sebulan (belum ditambah beberapa elaun dan kemudahan yang dinikmati menteri), inilah antara penyelesaian yang cuba diberikan kepada rakyat. Tahniah menteri !! Apabila membaca kenyataan seperti ini, teringat cadangan Tan Sri Sanusi Junid yang meminta rakyat tanam padi atas bumbung.

  • Apabila harga gula naik, minta rakyat kurangkan penggunaan gula kerana ia tidak baik untuk kesihatan
  • Perbelanjaan dapur naik (harga barangan runcit naik, minta rakyat tanam sayur)
  • Apabila minyak naik dahulu, rakyat Malaysia diminta kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam
  • Penjimatan subsidi di mana, pengangkutan awam masih di takuk lama.
  • Kemudian datang lagi masalah kenaikan 5 dalam 1, tiada kenaikan tetapi “pelarasan harga digunakan”

Bagaimana rakyat yang berpendapatan serdahana yang tinggal di flat 15 tingkat?

Ingat!! Kementerian Kesihatan galakkan kita (rakyat Malaysia) makan sayur hari-hari. Kalau anak-anak ada tiga, campur mak bapak, ada lima orang yang nak makan sayur sekurang-kurangnya dua kali sehari. Katakanla 5 orang ni makan sayur dua hari sekali dari tanamannya sendiri dan yang lain dibeli.

  • Berapa luas agaknya tanah yang diperlukan untuk tanam sayur yang cukup untuk 5 orang makan sekali tiap-tiap 2 hari? Ada sesiapa pakar di bahagian kesihatan di sini yang boleh bantu? (Yang mana boleh tambah dipersilakan)
  • Kalau jawapannya cuma perlu 5 pot sederhana besar atau bekas hidroponik untuk setiap jenis sayur (maksudnya mengambil masa seminggu untuk matang dari peringkat menanam, itupun mungkin boleh dipraktikkan kalau rumah ada ruang.
  • Tetapi, kalau duduk di flat kecil dan nak simpan barang pun tiada ruang, macamana nak tempatkan banyak-banyak pot dan bekas? Itu belum lagi sayur yang tanam di batas-batas atas tanah.
  • Itu belum ditambah masalah rakyat Malaysia yang terkandas dalam lalu lintas setiap hari dah berapa jam. Pagi-pagi pukul 6 dah turun kerja, balik ke rumah pun kadang-kadang pukul 6 atau 7 malam. Bila masa nak tanam sayur?

Raja Thai dan puterinya Sirindhorn sendiri diketahui tanam sayur dan bela ikan dalam istana. Seisi rumah Princess Sirindhorn memang kerap makan sayur yang ditanam sendiri. Tetapi keluasan tanah istana itu memuatkan beberapa ladang dan kolam ikan serta tapak projek-projek eksperimen.

Yang mana ada tanah terbiar, memang patut pun diusahakan. Apabila permintaan menurun, harga akan turun. Tetapi faktor dan impak besarnya bukan di sini. Kami tak rasa kalau punca kenaikan harga ini bukan setakat disebabkan pemintaan pengguna semata. Kami bercerita “soal golongan yang sedang-sedang” sahaja. Duduk pula di kawasan bandar. Sebenarnya di Malaysia, golongan pertengahan adalah antara yang terhimpit di Malaysia.

Sebenarnya seruan tanam sayur sendiri ni cuma salah SATU dari solusi sahaja, bukan solusi substantif pun. Diharapkan menteri ini menegenalpasti punca kenaikan harga ini, mungkin faktor supply-demand ke, faktor distribution network ke, faktor cuaca ke, faktor wabak penyakit, ,faktor kenaikan harga baja dan racun perosak atau serangan serangga. Kalau menteri ini hanya mampu bagi satu solusi non-substantif macam ni, apa guna jadi Menteri kalau hanya boleh bagi idea selevel makcik felda ini. Mak cik Felda pun dah up sekarang.

Rakyat Malaysia yang tinggal di kampung memang usahakan tanah yang terbiar. Tak perlu diajar :

  • tak perlu bayar tol
  • minyak kereta tak perlu isi minyak hari-hari
  • belanja seharian tidak setinggi golongan pertengahan/rendah yang tinggal di bandar
  • gaji? masih ditakuk lama

Kehidupan menteri?

  • tol siapa yang bayar?
  • harga minyak naik setinggi waima Gunung Korbu sekalipun, siapa yang bayar?
  • menteri tanam sayur?
  • apa harga barang naik, perlukah mereka risau?
  • menteri makan di mana?
  • belanja seharian?

roti canai naik Harga Barang Naik. Mana Kawalan?

Adakah kenaikan harga barang akan sampai di sini sahaja? Nah lihat kenyataan menteri di bawah pada awal bulan ini (semak yang kami highlightkan) :

KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kerajaan juga masih mengekalkan subdisi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.

Nah, sedangkan jaminan daripada menteri sendiri pun dilanggar begitu sahaja, apatah lagi kenyataan berbentuk bukan jaminan?

Akta Anti-Pencatutan 2010 yang melarang peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab dibenarkan akan berkuat kuasa April depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Apabila akta itu berkuat kuasa nanti, peniaga tidak lagi boleh menaikkan harga barang dan mengaut untung berlebihan sesuka hati dan sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka akan berdepan dengan hukuman yang berat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan pakaian dan peralatan persekolahan kepada 1,400 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Bera di sini, semalam. Katanya, selaras dengan kewujudan akta itu juga, pihaknya menubuhkan Majlis Penasihat Harga Barang pada tahun depan yang akan dianggotai golongan peniaga, pengguna dan pegawai kementerian yang akan menjalankan pemantauan ke atas se-mua peniaga. – BERNAMA (8/12/2010)

Kalau ada Akta pun, tapi tiada pemantauan bagaimana?

Okey, kami berikan contoh mudah untuk difahami :

  • Mak Limah ada bisnes yang berkaitan makanan, gula naik RM10 seguni, marjerin naik RM9 (biasa naik RM2 aje) sekotak, telur naik dekat RM1 sepapan (Mak Limah guna beratus papan seminggu), tepung campuran naik RM5, koko naik dekat RM5 seguni. Jadi tak bolehkah Mak Limah naikkan harga? Sebab apa masalah ini timbul?
  • Pemborong adalah orang yang meraih hasil dan menjual kepada peniaga menggunakan pengangkutan pemborong untuk membawa barang atau yang menghantar barangan ke kedai-kedai runcit contohnya. Kerajaan dah naikkan harga diesel untuk isi minyak lori. Satu lori boleh tahan lagi. Kalau ada 10,20 lori? Satu hari belanja untuk 10,20 lori sudah terhimpit apatah lagi untuk sebulan. Jadi, akhirnya pemborong naikkan harga barang untuk menampung tanggungan minyak diesel yang diisi.
  • Kerajaan naikkan harga minyak petrol, diesel mahupun gula tetapi peniaga tidak dibenarkan naik harga. Bagaimana?

harga barang naik 3 Harga Barang Naik. Mana Kawalan?

KUALA LUMPUR – Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

P/S : Harap kerajaan melihat situasi di Britain, di mana kita boleh saksikan sendiri kemarahan rakyat ketika kerajaan menaikkan yuran pengajian dimana mereka telah bertindak melempar/baling kenderaaan yang dinaiki Putera Charles untuk menunjukkan kemarahan mereka. Rakyat Malaysia masih baik hati walaupun gelombang harga barang naik sedang berlaku di Malaysia…..

17 ulasan:

samm berkata...

kenaikan harga barang adalah pekara yang sukar untuk dielakkan.

samm berkata...

harap kerajaan dapat mencari jalan untuk membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang ini.

Tanpa Nama berkata...

harap kerajaan dpt mengawal kenaikan harga barang kerana kini rkyat sdah cukup terbeban.

kb girl berkata...

Kenaikan harga barang hendaklah berpatutan. Yang paling penting pendapatan rakyat mesti turut meningkat selaras kenaikan harga barang.

Tanpa Nama berkata...

kita kena bijak dlm mengatur kewangan kita.

Unknown berkata...

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-barang yang dikawal bekalannya.

1.Gula.
2.Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair.
3.Garam.
4.Simen dan klinker.
5.Tepung gandum.
6.Minyak masak.
7.Baja.
8.Ubat serangga.
9.Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah.
10.Bar bulat keluli lembut.
11.Minyak tanah.
12.Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara.
13.Beras dari semua jenis (Sabah sahaja).
14.Padi (Sabah sahaja).
15.Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred.
16.Bahanapi diesel.
17.Gas petroleum cecair (LPG)
18.Semua jenis roti.
19.Minyak bahanapi
20.Ayam

Bawang tidak termasuk dalam senarai barang kawalan, dan saya rasa harga bawang itu meningkat hanya berlaku disekitar anda sahaja, tapi tidak apa, pihak memantau perlu pergi ke kawasan itu dan mulakan la operasi memantau dan mendenda.

Unknown berkata...

Berkaitan dengan pembayaran Gaji kepda menteri2, itu sudah tanggungjawab Kerajaan untuk membayar gaji mereka dan ianya setimpal dengal tugas yang perlu disandang oleh mereka, namun jika berlaku keadaan yang mana Menteri2 itu tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik serta tidak mempunyai sebarang pencapaian, saya rasa Gaji mereka itu perlu di potong. Perlu ada satu unit pemantau untuk memastikan bahawa gaji yang mereka terima setimpal dengan kerja yang mereka usahakan.

Unknown berkata...

Masalahnya disini, pemantau harga mesti menjalankan pemantauan dengan lebih kerap dan ianya merangkumi semua kawasan...

Unknown berkata...

Poppy,

minta gaji menteri dipotong? fikir dua kali baru cakap.

memang rakyat Malaysia masih belum berani bertindak melulu.

Unknown berkata...

Kenaikan harga sangat melampau kebelakangan ini. Saya akui harga minyak di negara kita masih jauh rendah, tapi saya rasa jawapan yang jelas harus diberikan di atas pengurangan subsidi. Ke mana subsidi2 tersebut?

POP berkata...

Rakyat mmg susah sekarang. Harap kerajaan dapat mengambil berat ttg hal ni.

nickko berkata...

kenaikan harga barang ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah semua negara membangun dan maju. malah ada yang lebih teruk dari negara ini. penyelesaiannya adalah bukan dengan menurunkan harga barang tetapi menaikkan pendapatan semua rakyat serta menubuhkan satu market yang menjual barang2 subsidi atau barang kawalan bagi mengelakkan orang tengah atau pemborong mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Even with the government's assurance that prices of these goods will not increase, but still, the prices still go up. Is it because of unethical businessmen raising the price themselves?

Sanih Alias berkata...

Pihak berkuasa harus membuat pantauan dengan kenaikkan harga lain. Kenaikan haruslah munasabah dan bukan suka-suka.

jsiput berkata...

Kenaikan harga barang baru2x ini telah membebankan rakyat. Diharapkan tiada lagi kenaikan harga barang. Rakyat terpaksalah bijak mengatur kewangan. Rakyat kenalah membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.

jsiput berkata...

Moga2x kerajaan tengah mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat.

jsiput berkata...

Pembaca boleh click link ini (http://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menangani-kenaikan-harga-barang-keperluan/)untuk mengetahui cara2x untuk menangani kenaikan harga barang keperluan.