KUALA LUMPUR – Ibu bapa Sarawak melahirkan kebimbangan ekoran status keturunan anak-anak mereka yang bersekolah kini ditukar status sebagai “Melayu” dan mahu pihak berkuasa membetulkan keadaan itu demi menjaga sensitiviti rakyat negeri itu.
Sehubungan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kementerian Pelajaran menyiasat dengan segera kebimbangan yang dilahirkan beberapa ibu bapa baru-baru ini.
“Kami didampingi ibu bapa kaum pribumi berhubung perubahan secara tiba-tiba dalam status anak mereka dalam kad laporan kemajuan sekolah,” kata Pengerusi PKR Baru Bian pada sidang media di Kuching petang ini.
Kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini.
Kata beliau, berdasarkan maklumat yang diterima daripada beberapa ibu bapa menunjukkan anak-anak mereka yang merupakan pribumi secara semula jadi kini diklasifikasikan sebagai “keturunan Melayu” berbanding lain-lain yang diamalkan sebelum ini.
“Pihak berkuasa mesti menjadi sensitiviti masyarakat Sarawak,” kata beliau.
Kata beliau, Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan “Orang Asli” bererti Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu dan seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu.
Malah Perlembagaan Persekutuan juga menyebut “Bumiputera” di Sarawak sebagai seseorang warganegara dan ia adalah seorang dari mana-rnana satu kaum yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya adalah seorang yang berketurunan camnpuran yang berasal hanya daripada kaum-kaum itu manakala di Sabah pula, seseorang warganegara dan ia adalah anak atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) di Sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu, adalah berdomisil di Sabah.
Fasal itu menbggariskan kaum asli di Sarawak terdiri daripada Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejarnan, Lehanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.
“Status asal mereka mesti dikekalkan bukannya dicampurkan sekali menjadi status orang Melayu,” kata Setiausaha Publisiti PKR See Chee How.
“Persoalan yang kami letakkan kepada Kementerian Pelajaran ialah mengapa sekarang kanak-kanak pribumi diklasifikan sebagai Melayu di sekolah?
“Oleh itu kami meminta Kementerian Pelajaran menyiasat perkara ini dengan serta-merta.
“Kami bimbang ini cuma secebis daripada masalah besar dan kami ingin mengingatkan ibu bapa masyarakat pribumi agar memeriksa status anak mereka sebelum perkara ini tidak boleh diatasi,” jelas Bian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan