HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 Disember 2010

JANGAN GADAI MARUAH BANGSA

Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW (sabahkini)

SEDAR atau tidak bahawa tanah tanah pertanian di Sabah sudah lebih kurang 50 peratus jumlahnya sudah beralih tangan kepada ‘orang luar’ dari Semenanjung Malaysia melalui beberapa syarikat gergasi seperti Yayasan Melaka yang mendapat kira-kira lebih 25 ribu ekar tanah pertanian di Sabah.

Sedangkan rakyat Sabah yang terlebih dahulu tinggal di kawasan Hutan yang sebelum diwartakan sebagai Hutan Simpan

Masyarakat Murut yang tinggal di Mukim Dalit dan masyarakat Rungus di Kudat pernah suatu ketika dulu telah dihalau keluar daripada kawasan tersebut, malah rumah-rumah mereka turut dibakar tanpa peri kemanusiaan.

“Apakah tindakan kerajaan UMNO-BN ini adil untuk rakyat atau menyeksa rakyat?,” demikian dinyatakan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji Mohd Noor Mansor ketika berucap di majlis Induksi ahli-ahli baru SAPP Kemabong, di Hotel Perkasa dekat Tenom baru-baru ini.

Beliau menyifatkan keadaan pemerintahan kerajaan UMNO-BN di Sabah agak keterlaluan dari segi batas-batas kemanusiaan kerana kalau pun mereka menghulurkan bantuan tetapi hanya kepada pengikut-pengikut mereka sahaja yang terdiri daripada PATI yang telah dikitar semula menjadi ‘Rakyat Sabah’.

Selain masalah ekonomi yang semakin serius, masalah pengangguran di kalangan para belia dan beliawanis di Sabah turut terabai dan semakin menjadi jadi seperti yang disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu yang mengatakan beribu belia Sabah terpaksa merempat di Kuala Lumpur setelah lari daripada ditindas majikan mereka.

“Bila kita tanya dan tegur pemimpin-pemimpin BN Sabah, terutamanya Menteri terbabit, mereka cepat-cepat menafikannya. Pada hal insiden itu benar-benar berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri melalui Kementerian terbabit pantas bertindak dan bukan membuang masa berdolak-dalik,” tegas Matnor.

Malahan ada di antara belia-belia Sabah yang bekerja di Singapura dan Semenanjung, kata Matnor, terlibat dengan masalah jenayah serius termasuk ada yang menanti masa dan ketikanya ke tali gantung kerana terlibat dengan jenayah dadah seperti yang berlaku di Singapura.

Sesungguhnya tragedi berlaku atau dilakukan mereka (belia) bukanlah atas kehendak para pemimpin kerajaan Sabah, namun ia berpunca daripada kelemahan mereka dari segi menyusun atur pentadbiran yang tidak mengambilkira masalah penempatan belia-belia menganggur, termasuklah lepasan graduan.

“Semua ini berlaku kerana kelalaian mereka yang langsung tidak menitik beratkan soal belia yang menganggur dan begitu juga yang dihadapi para graduan yang terus menganggur bertahun-tahun sukar mendapat pekerjaan. Keadaan hidup mereka semakin serius dan tertekan mengakibatkan mereka tiada pilihan selain bertindak melakukan penghijrahan mencari pekerjaan ke Semenanjung,” tambah Datuk Matnor.

Matnor seterusnya menegaskan bahawa selagi sikap pemimpin-pemimpin UMNO-BN terus ‘lupa diri’ terhadap tanggung jawab mereka memajukan negeri ini dan sebaliknya mereka meneruskan amalan ‘Korupsi’ yang mementingkan diri mereka termasuk kroni-kroni yang senantiasa menjejaki mereka ibarat ‘lintah kelaparan untuk menghisap darah’ alamatlah apa yang dilaporkan media kononnya Bank Dunia dipetik sebagai berkata, “Sabah di antara negeri yang termiskin di Malaysia” akan menjadi kebenaran.

Oleh itu tegas Matnor, tiada siapa yang mampu mengubah keadaan sebegini rupa selain daripada rakyat Sabah itu sendiri yang harus berani bangun untuk mengubahnya secara demokrasi menerusi pilihanraya umum akan datang ini.

Jika tidak, kata Matnor, siapa lagi yang boleh berbuat sedemikian kerana Sabah adalah hak milik rakyat Sabah dan adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk melakukan perubahan yang bakal dilakukan pada PRU13 kelak.

“Saya tua-tua bangka ini pun sanggup juga turun padang bersama anak-anak sekalian untuk mempastikan kita rakyat Sabah sama-sama bangun membina semangat baru untuk terus berjuang mendapatkan kembali hak dan kuasa autonomi kita di Sabah. Jika kita lambat bertindak selagi itu masalah hak kita semakin terhakis. Ketika itu kita menangis hingga menitis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi,” tegas Matnor dengan nada serius.


28 ulasan:

zam berkata...

dulu ketika Datuk Haji Mohd Noor Mansor menjadi Menteri Kewangan Sabah apa sumbangan beliau kepada Sabah??

zam berkata...

saya lihat keadaan Sabah sekarang ini sudah semakin baik berbanding dulu.

Tanpa Nama berkata...

carilah pemimpin yang benar2 boleh menjaga kepentingan penduduk Sabah.

evan medhousky berkata...

kenapa datuk tidak bertindak sendiri semasa menjawat jawatan menteri kewangan? dulu masa berkuasa diam2 la, sekarang sudah hilang kuasa baru bising??

evan medhousky berkata...

"Masyarakat Murut yang tinggal di Mukim Dalit dan masyarakat Rungus di Kudat pernah suatu ketika dulu telah dihalau keluar daripada kawasan tersebut,"

siapa yang memerintah Sabah pada waktu itu? perlukah kelemahan2 yang lalu dipertimbangkan untuk hari ini? jika ada penambah baikan oleh kerajaan hari ini, sepatutnya Datuk tidak perlu menimbulkan kelemahan2 lalu. jika begitu pertimbangan Datuk, manusia tidak perlu berubah kerana walaupun mereka telah bertaubat atau berubah 200% kearah yang lebih baik, mereka akan tetap dihukum kerana kesilapan lalu...

Unknown berkata...

Apa pu kita mengharapkan denganlah suara rakyat. Pemimpin perlu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Unknown berkata...

Penggangguran belia sabah bukan kerana kerajaan, tapi sikap mereka yang memilih dengan kerja. Sekiranya dilihat, banyak kekosongan yang terdapat di Sabah ini. Memang gaji rendah berbanding dengan di kuala lumpur, tapi boleh difikirkan bahawa di KL taraf hidup sangat tinggi berbanding di Sabah. Tolak itu ini sama saja pun gaji yang diberikan diSabah.

Hamdan Hadillah berkata...

Pelbagai-bagai peluang yang terdapat di Sabah. Sabah sekrang ini bertambah maju berbanding dengan Sabah yang sebelunya.

Peringatan untuk pemimpin, jangan lupa bahawa rakyatlah yang memilih anda dan rakyat jugalah yang akan menjatuhkan anda. Jadi fikirkanlah untuk kebaikan sendiri.

evan medhousky berkata...

"“Semua ini berlaku kerana kelalaian mereka yang langsung tidak menitik beratkan soal belia yang menganggur.."

ketika kerajaan sibuk menganjurkan program atau expo kerjaya disemua daerah sepanjang tahun ini, ada Datuk turun padang sama2 menjayakan atau menganjurkan expo itu?? pernahkan Datuk dan SAPP berusaha mendapakan pekerjaan untuk belia2 ini?? belia2 yang menganggur dan bermasalah bukan disebabkan oleh politik atau pentadbiran kerajaan, tetapi disebabkan oleh sikap belia itu sendiri. bolehkah Datuk mengubah sikap semua belia Sabah?? mustahil! pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan. oleh itu jika Datuk dan SAPP tugasnya hanya mengkritik tanpa melakukan apa2 baik hentikan semua itu atau bersara dari bidang politik.

Tanpa Nama berkata...

Semua pun sama saja. Dulu bila berkuasa hanya pandai berdiam sahaja. Sekarang barulah mahu membuat bising.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa mereka tidak melakukan apa-apa ketika mereka masih berkuasa?

Tanpa Nama berkata...

Ya betul maruah bangsa jangan digadai...

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalau setakat tahu komplen ja & tak cari jalan penyelesaian pun sama juga cerita ka.

Tanpa Nama berkata...

Hal melibatkan tanah ni harus diberi perhatian sewajarnya. saya sendiri pun panas dengar isu tanah yang tak pandai habis!

Tanpa Nama berkata...

setuju Rodger. Kalau rakyat dah jauh hati, konpom pemimpin juga yang rugi.

Tanpa Nama berkata...

Apapun semoga perkara ni dapat ditanggani dengan baik :)

Tanpa Nama berkata...

Tanah milik sendiri harus kekal sebagai tanah sendiri.

chimchim berkata...

Sabahans' lands are meant to be only Sabahans.

elia berkata...

Rakyat Sabah kena sedar akan situasi ini. Kena tahu hak sendiri.....Jangan takut jika anda berada di pihak yang betul. Jika ingin mempertahankan sesuatu kena ada keberanian dan kesatuan dari kesemua rakyat di sabah.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tamakkan kekayaan jika tidak ingin menyesal di kemudian hari.

dollie berkata...

Don't let people knock us down.

Nemia berkata...

Yeah, I support all the comments above.

Tanpa Nama berkata...

Yayasan Melaka dapat tanah 25 ribu di Sabah?

Kenapa tidak dibangunkan dan diberikan kepada Sabahan yang memerlukan tanah?

Tanpa Nama berkata...

Mana lagi tanah orang Sabah? Menuntut tanah dari kerajaan Melaka?

Unknown berkata...

Jika ingin kekal kuasa, beri tanah kepada rakyat Sabah yang sah.
Kalau hidup senang dan mempunyai pendapatan tetap siapa mahu tukar kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Senario politik Sabah memang tidak lari seperti keadaan diatas.
Veteran politik yang sudah bersara dijemput sebagai pelakon sambilan.
Kenapa tidak jemput golongan profesional atau yang berkemampuan menyertai parti mereka?

Tanpa Nama berkata...

Isu tanah Sabah jka tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri, akibatnya hilang kuasa.

Unknown berkata...

Sabahan tulin patut diberi keutamaan dalam pemberian tanah.
Mana bumi Sabah dipijak masa akan datang?