KOTA BELUD: Seorang peguam tempatan terkemuka menggesa penduduk Sabah dan Sarawak agar tidak mengharapkan pemimpin dari Semenanjung memperjuangkan hak mereka.
Penduduk Sabah dan Sarawak patut bersatu kembali di bawah payung parti politik negeri masing-masing dan menyokong mana-mana kumpulan yang akan memenuhi permintaan mereka," kata Peter Marajin yang bertanding atas tiket bebas dalam pilihanraya umum 2008 dan memperoleh 1,700 undi.
"Kita di Sabah dan Sarawak tidak patut mengharapkan mereka untuk menyokong permintaan dan kemahuan kita walaupun ia hak negeri kita.
"Mereka akan berjuang demi hak mereka. Kita tidak boleh mengharapkan mereka dari Semenanjung untuk berjuang untuk kita di Sabah dan Sarawak," katanya kepada sekumpulan pemimpin di Dewan Mayang Sari di sini semalam.
Beliau berucap mengenai politik semasa dan senario politik masa depan Malaysia dan memberi komen mengenai parti baru, Barisan Borneo Bersatu (UBF).
Meskipun percubaan beliau untuk mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian gagal, undi yang diperolehnya meyakinkan beliau bahawa pengundi di negeri ini mahu menentukan sendiri masa depan negeri mereka.
Beliau berkata rekod masa lalu dan dewasa ini menunjukkan hampir keseluruhan pemimpin dari Semenanjung tidak boleh diharap untuk mendapatkan sokongan dalam isu hak Sabah dan Sarawak.
Kegagalan pemimpin pusat
Marajin 56, yang mempunyai firma guamannya sendiri di Kota Kinabalu berkata hujahnya adalah berdasarkan kepada kegagalan pemimpin pusat selama 47 tahun untuk menghormati dan memahami keperluan penduduk di kedua-dua buah negeri ini.
Marajin berkata tidak ada kefahaman dan rasa hormat menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia hari ini.
Walau bagaimanapun beliau percaya masih ada peluang untuk memperbetulkan perkara ini kerana pilihanraya umum ke 13 akan datang tidak lama lagi.
"Tedapat 222 kerusi parlimen di Malaysia: 57 di Sabah dan Sarawak, termasuk satu di Labuan. Ini bermakna ada 165 kerusi untuk direbut oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
"Jika Pakatan mengekalkan kuasa di 83 kerusi, parlimen akan tergantung kerana BN hanya ada 82 kerusi. Sejumlah 57 kerusi dari Sabah dan Sarawak akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ini.
Parti sendiri diperingkat negeri
"Kini sudah tiba masanya untuk kita di Sabah dan Sarawak untuk mempunyai parti sendiri di peringkat negeri, yang benar-benar berjuang untuk mewakili kita di peringkat persekutuan.
Dengan permintaan kita yang sah, kita boleh mendapatkan perjanjian bertulis dari parti bersekutu di Semenanjung (PR atau BN) untuk memenuhi permintaan kita.
"Kita tidak boleh menggunakan perjanjian secara mulut sahaja," kata beliau. Marajin, seorang bekas anggota PKR kini merupakan ahli majlis tertinggi Parti Progresif Sabah (SAPP) berkata pengundi di Sabah dan Sarawak mesti menyedari akan kuasa yang mereka miliki untuk membentuk atau menghancurkan kerajaan.
Beliau menambah parti politik negeri di bawah BN atau PR sudahpun menggadaikan hak negeri mereka.
"Jika kita terpedaya kepada janji dan kata-kata manis pemimpin Semenanjung dalam pilihanraya umum ini, kesusahan kita akan berterusan… kita akan kekal menjadi penduduk paling miskin di negara ini," kata beliau.
23 ulasan:
terserah kepada setiap individu untuk menyokong parti mana yang mereka rasakan terbaik untuk mereka.
rakyat pastinya dapat membuat pilihan dengan bijak dan mereka tahu siapa yang layak menjadi pemimpin mereka.
ya..kita tidak boleh mengharap orang lain untuk mempertahankan hak kita..
kata2 dan janji2 manis harus diterjemah kepada tindakan..
pemimpin2 tempatan juga harus bersikap tegas dalam memperjuangkan hak sabah dalam malaysia..
namun, yang penting setiap rakyat sabah harus sedar dan tahu akan hak mereka..dengan ini hak sabah akan lebih terjamin..dalam konteks ini, pendidikan memainkan peranan yang penting.
rakyat haruslah bijak untuk menilai dan memilih bagi menjamin hak mereka..
Hopefully Sabahan and Sarawakians can make the right decisions.
rakyat sabah perlu pastikan hak2 mereka terjaga.
The people know what is best for them.
However, the people must be aware of their rights in order to make sure they are not being bullied or being used.
Sabah pasti akan lebih maju jika mereka sendiri yang memerintah.
maknanya Pakatan Rakyat juga perlu diusir dari Sabah dan Sarawak. tapi bagaimana jika tidak ada parti tempatan yang benar2 mampu mentadbir kedua2 negeri borneo ini?
Berjuanglah untuk diri dan bangsa sendiri, betul jangan harapkan orang lain terutama orang luar.
Why we have to care about their feelings?
Keadaan sudah berubah, rakyat sabah juga sudah banyak berubah dan semakin hari semakin terdedah dengan dunia luar...oleh itu saya percaya rakyat sabah dapat mentadbir dengan sendiri.
Buatpa nak terhegeh2 kat pemimpin seberang?
We have state governments, why need them?
Kita harus rasional dalam soal ini.
Well, both are governments. Ask the people and you'll know.
not to accept peninsular leader, Marajin said. this time people make self decision to choice who the good leader for Borneo.
Semoga rakyat dapat menilai pemimpin yang dipilih.
Rakyat kenalah sabar menilai pemimpin.n Janganlah menyalahkan mereka sebelum menilai mereka.
Catat Ulasan