HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Disember 2010

JEFFREY KITINGAN WAJAR BEREHAT

Oleh :HAJI WAHAB TIMPAI

WALAUPUN di negara Malaysia ini diberi kebebasan dalam pengwujudan pelbagai persatuan, namun matlamat sebenarnya perlu diperjelaskan kepada rakyat, di samping membersihkan setiap individu berkenanan yang terlibat dalam tujuan hanya berpolitik semata-mata.

Penubuhan United Borneo Front (UBF) sangat mengelirukan ramai pemimpin pembangkang dan menyifatkan Datuk Dr. Jeffery kini menjadi tali barut kepada UMNO-BN untuk merosakkan perpaduan Pembangkang di Sabah dan Sarawak.

Seorang pemerhati poilitik di Tenom yang hanya dikenali identitinya sebagai ‘Solo Mon Zee’ berpendapat bahawa kewujudan UBF yang dilancarkan sendiri oleh mantan Naib Presiden Parti Keadilan itu baru-baru ini, hanya membuka ruang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya selepas PRU ke 13.

Solo Mon Zee memberi tahu demikian kepada wartawan Sabahkini.net sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah di ruangan Portal Sabahkini.net.

“Saya bukan bergiat aktif dalam politik, tetapi melihat dari segi tingkahlaku para pemimpin bertindak, konon demi rakyat Sabah dan Sarawak, hanya membuat gangguan kepada para pemimpin perjuangannya tulen dalam pembangkang di Sabah dan Sarawak,” jelas Solo.

Sejak dahulu lagi, kata Solo, cara Dr Jeffrey Kitingan ini tidak berubah dan wajarlah beliau ini berehat daripada arena politik untuk memberi peluang kepada pejuang tulen demokrasi terutama generasi muda dalam pembangkang.

Beliau sudah cukup pengalaman dalam politiknya keluar masuk, letak jawatan, tubuh ini dan itu, tetapi tidak menjadi.

“Adalah lebih baik kalau Dr.Jeffery Kitingan menyumbangkan kewangannya kepada pembangkang, daripada membuang begitu saja, tubuh persatuan sini sana Persatuan yang bersifat politik, yang belum pasti berhasil,” tambah Solo lagi.

Pertembungan antara SAPP dan PKR di Batu Sapi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada ketua-ketua parti pembangkang di Sabah, kerana akhirnya rakyat memilih semula calon BN kerana pembangkang mempertontonkan kepimpinan yang tidak mantap.

37 ulasan:

azman berkata...

ada yang menyokong UBF dan ada juga yang mengecam Jeffrey kerana menubuhkan UBF.

azman berkata...

terserah kepada Jeffrey sama ada ingin terus aktif atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

kita lihat bagaimana perjuangan jeffrey dan UBF. adakah ia benar2 berjaya.

nickko berkata...

hanya pembangkang sahaja yang rasa keliru kerana takut penubuhan UBF akan membantutkan cita2 mereka merampas Sabah dari BN. bukankah Jeffrey sudah menjelaskan peranan UBF?

nickko berkata...

jika pembangkang di Sabah merupakan pejuang tulen demokrasi, kenapa perlu menghalang pertubuhan NGO lain yang sama2 memperjuangkan demokrasi? bukankah lebih banyak pertubuhan yang memperjuangkan demokrasi lebih baik? malah pembangkang di Sabah juga semakin hilang populariti dan benar2 menunjukkan kepimpinan yang tidak mantap.

nickko berkata...

tidak perlulah pembangkang mempertikaikan kewujudan UBF kononnya menjadi tali barut BN. tindakan itu hanya menghalang demokrasi di negeri ini. mungkin lebih baik pembangkang sahaja yang berehat kerana sumbangan mereka hanya menguhu-harakan keadaan.

Hamdan Hadillah berkata...

JK memang calon terbaik dalam pembangkang. Tapi bukan untuk rakyat.

Hosie Masie berkata...

Memang perkara ini akan membingungkan pembangkang yang dengan penubuhan parti NGO baru UBF ini. Perjuangan adalah untuk Sabah dan Sarawak. apa pun kita mengharapkan sabah akan membapat yang terbaik daripada pemimpin..

Hosie Masie berkata...

BN tidak keliru langsung pun dengan penubuhan UBF ini. Itu merupakan penguat semangat BN untuk berjuang lebih. Tapi pembangkang pula sudah mula memberikan khabar angin dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Kita tengoklah bagaimana dengan UBF ini nanti. Pasal Jeffrey itu, samaada dia mahu berehat ataupun tidak, itu keputusan dia sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun, selamat berjuang.

Tanpa Nama berkata...

Dia memang patut berehat tapi apakah gunanya jika minda dan perasaan masih memberontak.

Ezef berkata...

It is time for him to take a deep rest.

Tanpa Nama berkata...

UBF baru ditubuhkan, rakyat sabah masih menilai perjuangannya.

Tanpa Nama berkata...

penubuhan UBF ada yang menyokong, ada yang menentang, ada yang mengkritik dan ada yang tidak peduli...ianya terpulang kepada individu..

Tanpa Nama berkata...

JK nampaknya masih mahu terus aktif dalam politik kerana bagi beliau ini sajalah cara untuk mendapat keadilan dan hak sabah dan sarawak dalam perlembagaan malaysia..sebab itu beliau menubuhkan UBF sebagai platform perjuangannya.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu dan lihat perkembangan UBF di masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

“Saya bukan bergiat aktif dalam politik, tetapi melihat dari segi tingkahlaku para pemimpin bertindak, konon demi rakyat Sabah dan Sarawak, hanya membuat gangguan kepada para pemimpin perjuangannya tulen dalam pembangkang di Sabah dan Sarawak,” jelas Solo.

siapa para pemimpin yang perjuangannya tulen dalam pembangkang?

Tanpa Nama berkata...

ianya terpulang kepada JK untuk berundur atau meneruskan karier politiknya..

onong berkata...

Mungkin dia masih belun dpt menerima hakikat yang PKR bukan lagi perjuangan untuknya.

Antanum berkata...

Ya beliau wajar berehat dari dunia politik. Sdah tiba masanya untuk beliau menghabiskan masa untuk diri dan juga keluarga.

nickko berkata...

kenyataan Solo ini membuktikan bahawa SAPP dalam keadaan terancam kerana mereka terpaksa berhadapan dengan lawan baru ketika BN dan Pakatan masih belum dapat ditumbangkan. sebab itu mereka cuba menyerang Jeffrey diawal penubuhan UBF kerana mereka sedar populariti mereka akan lenyap serta merta..

Tanpa Nama berkata...

Biarlah si DJK ni ba... Bikin pening kepala ja tengok ragamnya. hehe

Tanpa Nama berkata...

Lagipun itu hak si DJK... Dari dia ja la mahu buat apa dengan dunia politiknya.

Tanpa Nama berkata...

Namun ideologi si DJK ni menimbulkan pelbagai reaksi.. Ada yang pro ada juga yang tak suka.

Tanpa Nama berkata...

Apapun semuanya terpulang pada rakyat sendiri. Kerana mahu komen banyak2 pun sama juga undi di tangan rakyat. hehe

Tanpa Nama berkata...

Tunggu dan lihat sajalah, apa yang akan beralu seterusnya.

Nemia berkata...

He will take that decision sooner or later. Don't worry.

Tanpa Nama berkata...

Jeffrey is yet to feel the ' leaving ' moment.

Mohd Ishak berkata...

Saya juga rasa Jeffrey patut berehat buat masa ini.

Tanpa Nama berkata...

Jika Dr. Jeffrey benar-benar hendak memperjuangkan hak rakyat Sabah, langkah petama yang paling penting harus beliau lakukan ialah bersara dari arena politik dan beri peluang kepada golongan muda yang lebih berkemampuan.

Tanpa Nama berkata...

Dr. Jeffrey belum mahu bersara lagi. Beliau fikir masih lagi mampu memperjuangkan hak Sabahan lagi.

Unknown berkata...

Setuju dengan artikal ini. Pemimpin harus kenal diri, tiba masa lepas tangan, lepaskan dengan rela.

Tanpa Nama berkata...

Jika ditanya soalan ini kepada 100 ralkyat Sabah, saya rasa mungkin ada 99 orang setuju Jeffrey patut berehat.

Tanpa Nama berkata...

Beri peluang pada Dr Jeff untuk membuktikan beliau masih releven.
Selepas PRU 13 nanti, beliau tahu apa yang patut dibuat.

Unknown berkata...

Jeffrey menubuhkan UBF semata-mata untuk membuktikan kehebatan beliau pada PKR.

Jason berkata...

Don't think Jeffrey would ever take a break from politics.