HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Disember 2010

Kahwin kanak-kanak: Shahrizat mahu Mahkamah Syariah ‘lebih bijaksana’

BERNAMA


KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meminta Mahkamah Syariah supaya meneliti butiran setiap kes perkahwinan membabitkan kanak-kanak sebelum memberi keizinan.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Mahkamah Syariah perlu berhati-hati dan bersikap memilih kerana keputusan yang bakal diambil penting bagi masa depan kanak-kanak

“Isunya ialah, adakah betul bagi kanak-kanak untuk menjadi penjaga kanak-kanak? Adakah dia bersedia menjadi ibu bapa? Kita melihat gambaran yang lebih luas mengenai institusi keluarga.

“Sebab itu kita mahu Mahkamah Syariah bertindak lebih bijaksana dalam soal memberi keizinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Antarabangsa mengenai Institusi Keluarga dalam Abad ke-21: Ideal dan Realiti” di sini, hari ini.

Shahrizat diminta mengulas mengenai satu kes perkahwinan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan 14 tahun dengan seorang guru, yang menyertai majlis perkahwinan 1 Malaysia pada 4 Disember.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupkan tetamu kehormat majlis itu, dilaporkan sebagai berkata perkahwinan itu sah kerana mendapat izin Mahkamah Syariah.

Penyatuan pasangan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pertubuhan wanita yang meminta kerajaan supaya menangani keadaan yang tidak wajar dalam Akta Kanak-kanak 2001 dan Undang-undang Keluarga Islam dan awam jika ia benar-benar serius dalam mencegah perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

Walaupun beliau tidak menentang perkahwinan melibatkan kanak-kanak, Shahrizat berkata beliau bimbang dengan implikasi jangka panjang yang mungkin dihadapi kanak-kanak itu, katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata institusi keluarga yang kukuh dan kuat hubungannya dapat membantu kanak-kanak mendalami erti kehidupan apabila mereka diajar kemahiran menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan yang positif.

Katanya institusi keluarga yang tahu cara untuk mengatasi cabaran dan memenuhi kehendak individu juga mampu berdepan dengan krisis dan tekanan.

“Kemahiran untuk mendepani cabaran dalam kehidupan seharian membentuk asas bagi sebuah masyarakat yang sihat dan di peringkat nasional, mengurangkan kemungkinan merebaknya gejala sosial,” katanya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkhawinan tidak boleh diambil mudah. ini melibatkan masa depan dan kestabilan institusi kekeluargaan.

Tanpa Nama berkata...

harap pekara seperti ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya agar perkhawinan dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan dan bukannya menyebabkan banyak berlaku perceraian pula.

Tanpa Nama berkata...

"Shahrizat berkata beliau bimbang dengan implikasi jangka panjang yang mungkin dihadapi kanak-kanak itu.."

Shahrizat juga perlu mengambil kira implikasi jangka panjang jika remaja itu dihalang dari meneruskan perkahwinannya. bagaimana jika mereka terlibat dengan zina atau kes buang bayi yang pada hari ini semakin kritikal. jika di abad 21 ini tidak patut wujud budaya seperti ini, tetapi melihat kepada realiti sosial abad ini tetap menuntut kita untuk membuat pilihan yang terbaik yang memungkinkan kita mempertimbangkan rasionalnya tindakan itu berdasarkan agama dan budaya kebiasaan nenek moyang kita.

Tanpa Nama berkata...

perkahwinan bukan perkara remeh, namun tk ada salahnya jika nak berkahwin pada usia muda. bagaimanapun, hal ini perlu diteliti secara serius.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini terdapat juga kes dimana remaja perempuan yang terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah terpaksa melangsungkan perkahwinan. jadi dalam situasi itu apa pertimbangan yang tepat memandangkan remaja itu masih bawah umur malah ada yang lebih muda dari pengantin perempuan yang disebutkan dalam artikel ini? jadi adakah remaja itu perlu menunggu sehingga umur beliau layak? tidak.. mau tidak mahu mereka tetap kahwin.. jadi daripada memberikan pengecualian kepada kes seperti itu, lebih baik biarkan remaja ini mendirikan rumah tangga sementara tidak ada faktor yang mendesak mereka berbuat demikian.

Logop berkata...

Children are suppose to enjoy their childhood. Having them married at a very young tender age is just not right. Is she even aware of her responsibility???

Logop berkata...

And what the heck is that 23 year old teacher is thinking??He suppose to be a teacher, a role model for the students and not hanky-panky around with his students.I say, this teacher ought to be suspended!

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya soal kawin tu hak individu masing2 la kan... Daripada buat perkara tak baik bagus lagi buat ikut cara yang betul...

Tanpa Nama berkata...

Apapun lain orang, lain pandangannya. Jad saya harap hal ni dapat diputuskan dengan baik.

Hosie Masie berkata...

Biarlah mereka khawin, mana yang Shahrizat mahu berlaku, orang bercerai muda atau anak keluar nikah dan pembuangan anak berlaku??

Tanpa Nama berkata...

Setiap orang ada pendapat sendiri. Saya harap perkara ini boleh mendapat penyelesaian yang baik.

POP berkata...

Ini memang bukan idea yang bijak. Saya terdapat seorang kawan yang telah hamil sebelum kahwin, ini memang tidak dapat mengelakkan hal ini berlaku, penyelesaian yang adalah dengan berkahwin.

Gopuk berkata...

Saya menentang tegas perkhawinan di peringkat umur yang masih tidak matang.