HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Disember 2010

KENAIKAN HARGA BARANG TIDAK BIJAKSANA

Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

KENAIKAN harga petrol dan gas serta harga gula pada tengah malam 4 Disember 2010, merupakan satu kenaikan yang tidak mencerminkan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Di manakah logiknya kenaikan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sedangkan kerajaan yang dipilih adalah untuk menolong rakyat dan bukannya untuk membebankan rakyat sekiranya ketidakmampuan kerajaan dalam menguruskan hal-hal kewangan negara. Alasan kerajaan untuk menaikkan harga bahan api dan gula berkenaan adalah disebabkan kenaikan harga pasaran dunia serta mengurangkan bebanan subsidi kerajaan.

Adakah pihak kerajaan sedar mereka telah membebankan rakyat dengan kenaikan tersebut terutamanya mereka yang berpendapatan rendah? Bukan itu sahaja, golongan belia juga telah terkena tempias akibat daripada ketidaktelusan kerajaan dalam mencari jalan alternatif yang lain selain mengalihkan beban tersebut kepada rakyat.

Adakah kerajaan sedar bahawa golongan belia yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mampu untuk membina sebuah keluarga bahagia hasil daripada ketidakprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat?

Mereka yang belum mendirikan rumahtangga, berharap akan dapat mencapai hasrat berkenaan. Namun sedarkah kerajaan betapa sukarnya untuk membina sebuah keluarga dengan anak tanggungan di kemudian hari?

Walaupun golongan belia serta mereka yang berpendapatan rendah begitu berjimat-cermat dan berhati-hati dalam setiap perbelanjaan sebelum ini, kini dengan kenaikan tersebut telah memberi satu kesan sosial serta emosi kepada mereka.

Berkongsi pengalaman dengan seorang belia yang berpendapatan RM1,500 sebulan baru-baru ini, beliau terpaksa meminjam duit untuk membeli susu tepung untuk bayinya. Beliau terpaksa berbuat demikian kerana desakan hidup.

Selain itu juga, seorang belia yang berpendapatan gaji RM750 sebulan yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada februari 2011, terpaksa membuat keputusan drastik untuk menundanya ke satu tarikh yang belum diketahui. Alasan beliau bukannya ketiadaan duit untuk melangsungkan perkahwinan tetapi memikirkan masa depan anak yang akan dilahirkan setelah berkahwin nanti.

Melalui pengalaman hidup yang begitu susah dan membebankan, adakah kerajaan sedar golongan belia sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang serius akibat daripada ketidakcekapan pengurusan kewangan negara secara keseluruhannya?

Mengulas kadar kemiskinan yang melanda negeri Sabah, kerajaan sepatutnya menerima laporan daripada Bank Dunia yang telah dibentangkan kepada Sabah bulan lalu, secara hati yang terbuka dan bukannya menafikan hasil laporan tersebut.

Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman pada mesyuarat berhubung dengan kadar kemiskinan di Sabah beberapa hari yang lalu, telah memberitahu bahawa kadar kemiskinan tegar hanya tinggal 7,455 isi rumah berbanding dengan 24,100 pada akhir tahun lalu. Untuk ketua isi rumah yang miskin, ia hanyalah tinggal 24,247 orang sahaja.

Di sini, saya ingin mempersoalkan garis kemiskinan dan kemiskinan tegar yang harus dijadikan panduan untuk mengukur tahap kemiskinan tersebut. Adakah mereka yang berpendapatan isi rumah RM2,600 dengan anak 2 orang dan menyewa rumah serta tidak memiliki kereta dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar?

Bagaimana mereka yang berpendapatan isi rumah yang jauh lebih rendah daripada RM2,600? Mereka juga inginkan sebuah rumah yang dikategorikan sebagai keperluan asas dan memiliki sebuah kereta untuk memudahkan pergerakan mereka. Sungguhpun tiada kereta, mereka masih boleh bergantung dengan bas.

Bagaimana mereka perlu berhadapan sekarang memandangkan harga tambang bas akan dinaikkan ekoran daripada kenaikan harga minyak? Bagaimana golongan miskin akan berhadapan dengan masalah kenaikan harga barangan ekoran daripada kenaikan harga gula?

Bagi mereka yang makan gaji, mereka sering mengungkapkan bahawa ‘harga barang naik, gaji tak juga naik-naik’. Persepsi berkenaan adalah salah sama sekali memandangkan pihak majikan juga berhadapan dengan kenaikan kos pengurusan, kos pengangkutan serta terpaksa membayar kadar cukai yang lebih tinggi dan situasi sedemikian juga akan membebankan pihak majikan.

Perlu diingat bahawa kerajaan yang dipilih adalah untuk membantu rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Tidak ada makna sekirannya diberikan jalan raya yang cantik, rumah kos rendah, parit yang sempurna, kepingan atap zink kepada penduduk kampung; sedangkan masalah sebenar rakyat terutamanya golongan belia adalah berkenaan dengan pendapatan yang boleh dibelanjakan, tidak diatasi dan ditangani dengan bijak.

34 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Kerajaan patut pandai mengurus kewangan negara.

gambir berkata...

Kesemua barangan tersebut memang patut dinaikkan. ia disebabkan harga barangan yang tidak menentu.

gambir berkata...

tujuan menaikan harga barangan tersebut adalah untuk mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan selama ini. Pemberian subsidi hanya akan diberikan kepada rakyat yang berkelayakan sahaja.

gambir berkata...

Memang tidak mustahil kenaikan barangan tersebut membebankan sebahagian rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Sebilangan peniaga juga akan mengambil kesempatan ini untuk menaikan pelbagai jenis makanan dan minuman.

gambir berkata...

Rakyat tidak ada pilihan untuk membantah kenaikan harga barangan tersebut sebaliknya menerimanya secara positif. Bagaimana negara kita lebih maju sekiranya rakyat tidak memberi sokongan kepada keputusan kerajaan sedangkan selama ini kerajaan telah menanggung bebenan subsidi. Kenaikan rm0.05 sen hingga rm0.20 sen tidaklah setinggi mana pun.

gambir berkata...

Sebarangan cadangan ataupun pendapat berhubung dengan kenaikan harga barangan tersebut perlulah dikemukakan kepada kerajaan. Diharap keadaan2 dengan kos2 tinggi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat mendapat perhatian oleh kerajaan untuk dipertimbangkan.

Paquin berkata...

Bijak atau tak, yang pasti kita kena berdepan dengan kenaikan harga ini.

Paquin berkata...

Daripada asyik mengatakan tindakan kerajaan tidak bijaksana, apa kata tampil dengan solution. Mana tau hal ni reda dengan cepat. hihii

Paquin berkata...

Kenaikan harga ini plg dirasai oleh golongan berpendapatan rendah. tambahan lagi, tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk turut serta menaikan harga barang :(

Paquin berkata...

Jika mmg harga terpaksa dinaikkan, saya tetap harap agar kerajaan cari alternatif utk bantu rakyat mengurangkan beban mereka.

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni tak dijadikan isu politik bagi mengelakan ketegangan berpanjangan.

evan medhousky berkata...

"Perlu diingat bahawa kerajaan yang dipilih adalah untuk membantu rakyat dan bukannya membebankan rakyat."

bukan sahaja membantu rakyat malah semua perkara dalam dan luar negara yang merangkumi ekonomi, sosial dan pembangunan. memberikan kemewahan kepada rakyat juga bukan satu tindakan yang bijaksana sekiranya ekonomi negara terus menjunam dan pembangunan terus terbantut.

evan medhousky berkata...

hasil dari penjimatan subsidi ini kerajaan telah berjaya membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak2 dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.. apa yang dilakukan oleh kerajaan bukan tindakan sia2 kerana manfaat dari tindakan itu kelak akan dinikmati juga oleh rakyat.

evan medhousky berkata...

jika negara2 jiran boleh kenapa Malaysia tidak.. kenaikan harga ini tetap akan berlaku walaupun pembangkang mengambil alih kerajaan, melainkan pemimpin2 pembangkang mahu negara bankrap.

evan medhousky berkata...

kerajaan juga sepatutnya berhati2 semasa membuat kenyataan didada akhbar. sebelum ini kerajaan berjanji untuk tidak menaikkan harga RON95 sehingga akhir tahun ini, tetapi apa yang berlaku sekarang amat bertentangan dengan kenyataan itu. saya harap selepas ini kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk meningkatkan pendapatan rakyat bagi mengimbangi kuasa beli mereka dengan kenaikan harga barangan. tidak ada rasionalnya tindakan itu jika membelakangkan emosional rakyat...

onong berkata...

Kenaikan harga barang semestinya mengundang pelbagai persoalan.

Sanih Alias berkata...

Kenaikkan ini bukan untuk kerajaan, tapi untuk masa depan rakyat juga. memang slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kerajaan memikirkan masa depan rakyat dan negara oleh itu cara ini diambil.

Hamdan Hadillah berkata...

Kenaikan ini akan mengajar rakyat kita supaya berjimat cermat dengan kenaikan 4-1 sekarang ini. Kita mengharapkan kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat dan juga negara.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga barangan ini kerana pemotongan subsidi. jika subsudu tak dipotong kerajaan akan terus terbeban.

chimchim berkata...

I hope it won't be a bad news.

zam berkata...

kenaikan ini disebabkan oleh faktor yang sukar untuk dielakkan.

zam berkata...

diharapkan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan yang lain pula.

zam berkata...

selain itu, rakyat juga nampaknya perlu mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.

Unknown berkata...

Menteri yang berkenaan selalu mengatakan kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat, kalau rakyat rata-rata menikmati gaji macam menteri, tentulsh tidak membebankan.

Tanpa Nama berkata...

Kempis dompet aku, duit tidak cukup menampung belanja, apa hendak dibuat?

Tanpa Nama berkata...

Beban, berat dan.......!Kenaikan harga harga tetapi gaji tidak naik.

Velove berkata...

Rakyat harus menerimanya dengan hati terbuka.

dollie berkata...

We can't do nothing on this matter.

Ezef berkata...

Let the government do their jobs.

elia berkata...

Jangan terlalu mengharap dengan kerajaan, tapi berusaha la sendiri untuk mencapai matlamat itu.

Unknown berkata...

Harga minyak di pasaran antarabangsa sudah melambung tinggi, harga beras dan gandum turut naik berikutan cuaca buruk yang menjejaskan hasil di negara ekspot utama dunia.

Tanpa Nama berkata...

Keadaan mendesak.
Tidak naik kena mensubsidi, beri subsidi membebankan dan hampir tidak tahan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jangan biar harga barang terus naik, gaji kita tidak naik lah.

Unknown berkata...

Harga barang naik bermakna pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini.