HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Disember 2010

Ketua Cabang PKR Putatan Sabah keluar parti

pkr bmOleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Ketua Cabang PKR Putatan, Awang Ahmad Sah Awang Sahari bertindak keluar parti itu semalam setelah hampir sebulan mengekalkan jawatannya.

Beliau berkata keputusan meletakkan jawatan dari parti berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap cara kepimpinan pusat PKR mengendalikan isu-isu berkaitan negeri-negeri Malaysia Timur.

Ahmad Sah, 51, sekutu orang kuat PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa dalam sesetengah kes berkaitan Sabah dan Sarawak, PKR lebih teruk dari Umno dalam menutup suara pemimpin Sabah.

"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak gembira atau tidak berpuas hati dengan sebilangan pemimpin tetapi untuk masa depan rakyat Sabah.

"Kita tidak mahu parti mengarahkan kita," kata beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah kelab di Penampang semalam.

Ahmad Sah merupakan mantan timbalan ketua bahagian Umno Penampang sebelum PKR 10 tahun yang lepas mendakwa bahawa tekanan yang wujud dalam PKR jauh lebih teruk daripada Umno.

"PKR mempunyai agenda yang baik tetapi saya tak rasa yang saya sesuai untuk parti ini. Saya mencari platform yang memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar. Saya sudah letih menghadapi pertelagahan dalaman parti.

Pertelagahan dalam PKR boleh dielakkan sekiranya pimpinan mendengar suara hati majoriti pemimpin Sabah dan menghormati demokrasi," kata beliau yang menambah bahawa beliau sedang mencari landasan politik yang baru.

Ramai akan keluar parti

Ahmad Sah sangat tidak berpuas hati dengan cara Kuala Lumpur mengarah kepimpinan negeri di bawah bayu itu.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian dari sistem begini," kata beliau dan menambah menyokong bekas naib presiden PKR, Jeffrey dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) sebagai sebuah rangkaian politik.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan menulis surat perletakan jawatan, dialamatkan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bukannya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua cabang PKR Beaufort, Lajim Yusof turut mengumumkan peletakan jawatannya. Lajim merupakan salah seorang dari dua naib ketua yang dilantik.

Menurut Ahmad Sah, lebih ramai pemimpin PKR Sabah akan mengumumkan yang mereka keluar parti secara berperingkat sehingga penghujung bulan Januari 2011.

Dua ketua cabang PKR turut menghadiri sidang akhbar tersebut tetapi enggan mengutarakan sebarang pandangan.

Hak dan autonomi

Ahmad Sah terserlah sebagai sebilangan kecil pemimpin Islam tempatan dalam PKR Sabah yang memberi sokongan padu kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk mendapatkan hak dan autonomi negeri Sabah.

Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff turut dikenali sebagai pemimpin yang memperjuangkan autonomi. Allahyarham merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang terlibat dalam rundingan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era 60-an kerana disyaki sebagai agen pemimpin pemberontakan Brunei, Azahari.

Sementara itu, Jeffrey yang berada di kelab tersebut tidak menyertai sidang akhbar tersebut tetapi dilihat berbual dengan Ahmad Sah dan beberapa pemimpin PKR lain.

19 ulasan:

tombolo berkata...

makin lama semakin ramai yang keluar dari PKR. ini kerana kepimpinan PKR yang tidak tersusun dan telus.

evan medhousky berkata...

kalau benar PKR sempurna perjuangannya tidak mungkin ahli2nya keluar parti seorang demi seorang. tindakan ahli2nya keluar parti membuktikan parti itu tidak sesuai untuk membentuk kerajaan.

evan medhousky berkata...

mana2 pemimpin Sabah yang masih setia dengan PKR perlu meninggalkan parti itu untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah. isu2 yang kita saksikan samada diperingkat negeri dan nasional berkenaan dengan kelemahan dan kekotoran PKR wajar dijadikan pertimbangan untuk menolak tawaran haluan kepimpinan mereka untuk menerajui kerajaan di negeri ini.

azman berkata...

nampaknya ada lagi pemimpin PKR yang keluar parti. ini menjadikan PKR semakin lemah di Sabah.

azman berkata...

jika PKR tidak berubah, tidak mustahil selepas ini lebih ramai lagi ahli PKR yang keluar parti.

Tanpa Nama berkata...

Memang kepimpinan PKR tidak adil inilah sebab kenapa ramai yang keluar parti. Mereka tidak ingin melihat lebih ramai yang terseksa lagi dengan PR.

Tanpa Nama berkata...

PKR Sabah dalam keruntuhan sekarang..

Hamdan Hadillah berkata...

PKR sabah tidak mungkin bertahan lagi jika ramai yang ingin keluar parti tersebut. Mungkin sudah tiba masanya PKR keluar dari Sabah dan tidak perlu menganggu orang Sabah lagi..

Tanpa Nama berkata...

Members quitting and joining new parties are nothing new.

Ezef berkata...

Seems like more and more members are leaving.

onong berkata...

Jangan2 dia merasakan bahawa dia tidak sesuai untuk menerajui pemerintahan di Sabah?

Jason berkata...

So, who is next to quit PKR?

Jason berkata...

looks like more and more people are quitting PKR. If the members itself doesn't trust PKR, then why should Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PKR sabah kini makin lemah.

Tanpa Nama berkata...

PKR sabah tkkan dpt menawan Sabah jika keadaan ini berterusan.

Nemia berkata...

Good for him.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia sudah punya pilihan lain.

chimchim berkata...

He deserves something better than that.

Antanum berkata...

Itu hak beliau tapi sememangnya dunia politik macam ini..