HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Disember 2010

‘Ketuanan Melayu’: Gaps adu kepada Sultan Selangor


sultan selangorOleh Rahmah Ghazali

SHAH ALAM: Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) memohon perkenaan bantuan daripada Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam menangani isu ‘Ketuanan Melayu’ yang ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Sungguhpun mereka merancang untuk memobilisasikan seramai 2,000 penyokong namun hanya 200 orang sahaja yang menyertai rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin bagi menhadap Baginda untuk menyerahkan dua memorandum .

Memorandum-memorandum itu diterima oleh wakil istana, Ahmad Amri semalam. Para penyokong berhimpun sejak jam 2.45 petang sambil menjunjung sepanduk di antara lain, berbunyi, "Anwar, pelacur politik." Mereka bersurai dari perkarangan istana kira-kira jam 3.30 petang.

Di antara permintaan mereka ialah supaya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dibuang dari negeri ini.

"Kami menggesa supaya Sultan memulau Anwar dari negeri Selangor ini. Beliau adalah virus di sebalik kecemburuan dan kebencian terhadap perpaduan Melayu. Beliau juga petualang untuk memecah setiakawan di kalangan orang-orang Melayu," kata Hamidzun sambil membaca isi kandungan memorandum itu.

Gaps juga memohon perkenaan Sultan mendesak kerajaan negeri untuk menarik balik jawatan penasihat ekonomi Selangor daripada Anwar.

Gaps persoal sumbangan Anwar

"Memandangkan beliau menolak ‘Ketuanan Melayu’ maka beliau layak hilang jawatan itu. Di samping itu, beliau hanya mahu menggunakan jawatan itu untuk kepentingan politik peribadi beliau.

Beliau tidak memberi apa-apa sumbangan kepada Selangor," kata Hamidzun.

Gaps juga memohon perkenaan Sultan untuk tidak menganugerah apa-apa pingat kepada mereka yang mempertikai hak orang-orang Melayu.

Sementara itu, memorandum kedua mengandungi 30 senarai dakwaan rasuah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Di antara lain, tuduhan terhadap penglibatan anak syarikat milik kerajaan negeri, Talam Corporation, Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kontroversi yang menyelubungi ‘Ketuanan Melayu’ bermula apabila pimpinan pusat PKR, ketika kongres parti, menyeru kepada dokongan ‘Ketuanan Rakyat’ dan menolak ‘Ketuanan Melayu’ kerana mereka mendakwa konsep ‘Ketuanan Melayu’ telah diselewengkan oleh para pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka.

Perkasa cabar Anwar

Terdahulu, salah seorang ahli bersekutu Gaps, dari Perkasa mencabar Anwar menggelar atau membahasakan diri Sultan dengan gelaran lain dari ‘Tuanku’ kerana beliau menolak ‘Ketuanan Melayu’.

Ketua Pemudanya, Arman Azhar Abu Hanifah berkata, ‘Tuanku’ merupakan gelaran yang harus didokong jika seseorang itu menerima konsep ‘Ketuanan Melayu’.

"Kita mempunyai semangat ‘Ketuanan Melayu’ dan beliau (Anwar) tidak memahami konsep itu. Jadi kami cabar Anwar untuk menggelar Sultan dengan panggilan ‘tuan’, ‘kawan’, ’sir’, ‘mister’?" kata Arman, yang memakai baju Melayu dan bersampin.

Beliau berkata, tidak ada seorang pun yang mempertikai konsep ini yang telah berjaya membawa keamanan dan kehidupan yang harmoni sejak 53 tahun selepas kemerdekaan.

"Dengan konsep ‘Ketuanan Melayu’ ini, kita juga telah mengekalkan hubungan baik sesama kaum. Tanpa ‘Ketuanan Melayu’, orang-orang India dan Cina dan bangsa-bangsa lain akan dipinggirkan.

Penuh dengan semut

"Kepala Anwar penuh dengan semut…….sebab itu beliau tidak faham. Jika kamu tidak menghormati raja-raja, jangan jadi pemimpin di negara ini, katanya, menambah konsep ‘Ketuanan Melayu’ masih relevan dan orang-orang Melayu kasih kepada semua.

Sementara itu, Ketua Perkasa Selangor Abdullah Mansor mempertahankan konsep itu dan berkata, ia tidak ada kena mengena dengan menjadi tuan atau hamba.

"Ia hanya menyebut orang-orang Melayu mempunyai hak yang lebih seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita cuma mengekalkan apa yang telah kita ada.

"Negara dalam keadaan aman dengan wujudnya konsep ini, kenapa anda masih hendak bermain dengan api?," soal beliau.

Beliau juga berkata, isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dan timbalan presiden yang baru dilantik, Azmin Ali tidak layak menjadi pemimpin di negara ini, kerana menolak konsep ‘Ketuanan Melayu’.

Memorandum 30 perkara

Di bawah ini diperturunkan memorandum 30 perkara mengenai dakwaan penyelewengan di Selangor yang dikemukakan kepada Sultan.

1. Kerajaan negeri menggunakan wang rakyat sebanyak RM392 juta untuk menyelamat Talam Corporation.

2. Kerajaan negeri gagal mengeluarkan kertas putih tentang kedudukan kewangan Talam seperti mana yang dijanjikan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim.

3. Kerajaan negeri membatalkan pembinaan kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor.

4. Kerajaan negeri merompak tanah rakyat di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan di Hulu Selangor.

5. Kerajaan negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk Bumiputera di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS).

6. Kerajaan negeri merampas, denda dan menyewa terusan dan projek kolam menyimpan beras di Tanjung Karang.

7. Kerajaan negeri gagal untuk mentadbir Universiti Industri Selangor (UNISEL) sehingga ia mengalami kerugian yang besar dan penurunan drastik kadar pengambilan pelajar baru.

8. Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan sebanyak RM800,000 untuk menyambut ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor.

9. Kerajaan negeri gagal mengurus operasi mengorek pasir hingga menyebabkan kerosakan pada alam sekitar.

10. Kerajaan negeri memperdaya Sultan Selangor dan rakyat apabila ia gagal mengutip RM150 juta (selepas penjualan pasir) setiap tahun seperti mana yang dijanjikan oleh Menteri Besar di Dewan Undangan Negeri.

Gagal urus kewangan KSSB dengan berhemah

11. Gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara berhemah dengan memberi bonus yang banyak dan berlebihan kepada kakitanganya.

12. Gagal mengurus pejabat Menteri Besar dengan baik apabila kamera intipan dijumpai di pejabatnya.

13. Gagal mengurus sumber asli apabila ahli-ahli majlis dan pengerusi jawatankuasa kemajuan Kampung Baru perlu kepada surat-surat sokongan untuk mendapatkan kontrak majlis kerajaan tempatan.

14. Berlakunya penyelewengan apabila exco Pandamaran dibebaskan dari sebarang kesalahan walaupun beliau menggunakan kepala surat dan cop rasmi untuk melobi kerja-kerja kontrak.

15. Gagal dalam pentadbiran PKNS apabila ia memerlukan gadai janji hartanah kepada REIT, menyebabkan ia akhirnya tidak mempunyai bangunan sendiri dan PKNS perlu menyewa bangunan lain untuk operasinya.

16. PKNS terpaksa berbelanja besar apabila ia menggunakan dananya untuk pindah ke pejabat baru.

17. PKNS membazirkan wang rakyat dengan membiayai kos perkahwinan selebriti sebanyak RM520,000.

18. PKNS membazir wang rakyat dengan membayar RM2.3 juta untuk pelaksanaan perkhidmatan talian pasaran.

19. PKNS membazir wang rakyat bernilai RM935,000 kepada perunding yang hanya memberi perkhidmatan selama enam bulan.

20. Kerajaan negeri gagal mengurus isu air dengan baik di Selangor sehingga ia menghalang pembinaan longkang dari Pahang sehingga boleh menyebabkan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada 2014.

Krisis kekurangan air pada 2014?

21. Kerajaan negeri juga gagal untuk memberi air percuma kepada rakyat seperti termaktub dalam manifesto pilihan raya. Sebaliknya, mereka menipu dengan memanipulasi dan mempolitikkan perkara itu sehingga rakyat menjadi mangsa menjelang krisis kekurangan air pada 2014.

22. Kerajaan negeri menipu rakyat apabila ia membentangkan pakej rangsangan bernilai RM50 bilion tahun lalu tapi tidak nampak apa-apa kesan daripadanya.

23. Kerajaan negeri melalui exco dari Pandamaran telah menghalang pengharaman arak dari dikuatkuasakan di Shah Alam.

24. Kerajaan negeri membiarkan masjid-masjid digunakan sebagai platform politik ketika khutbah Jumaat, ceramah dan pengajian agama.

25. Kerajaan negeri gagal menguruskan kewangan negeri sehingga berlakunya defisit sebanyak RM49 juta pada 2008 dan RM66 juta tahun 2009. Angka defisit ini melebihi RM144 juta dalam 2010. Ini berbanding dengan lebihan ketika pemerintahan Barisan Nasional sebanyak RM72.5 juta pada 2006 dan RM131.8 juta pada 2007.

26. Kerajaan negeri tidak efisyen dalam mengurus dan merancang kewangan negeri kerana ia memerlukan peruntukan tambahan tiga kali ganda dalam tahun 2010. Ia memohon RM69 juta pada bulan Mac, RM117 juta pada Julai dan RM8 juta pada November. Ini menjadi jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta dari anggaran peruntukan tahun 2010.

27. Kerajaan negeri membazir wang rakyat dengan membayar RM330,367.96 untuk rawatan perubatan Dr Cheah Wing Yin di Pusat Perubatan Sunway selepas terlibat dengan kemalangan. Kenapa beliau mesti diberi rawatan di hopital swasta sedangkan kita tahu kosnya tinggi berbanding dengan hospital kerajaan yang mempunyai taraf perkhidmatan yang sama. Ini menunjukkan kerajaan negeri berbelanja dengan boros.

28. Kerajaan negeri juga efisyen mengutip cukai dari pusat-pusat hiburan memandangkan terdapat sebanyak 4,000 tempat, seperti spa, rumah urut dan pusat perjudian di negeri ini berbanding 700 buah sebelum ini.

29. Kerajaan negeri telah menyalah guna kepala surat Menteri Besar untuk mengutip dana untuk parti ketika sambutan 100 hari pemerintahannya.

30. Kerajaan negeri mengenepikan banyak titah perintah daripada Sultan Selangor dan membuat Tuanku dukacita tentang cara pentadbiran negeri diuruskan.

Tiada ulasan: