Masturah Abu Bakar |
Kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit mendapati bahawa demokrasi di Malaysia jatuh kepada anak tangga ke-71 berbanding tangga ke-68 pada tahun 2008. Penilaian tersebut dibuat melalui lima kriteria iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebasan sivil, meskipun meningkat dalam peratusan fungsi kerajaan. Lihat berita di sini. Malaysia dan masyarakat miskin Saya pernah berbual-bual dengan masyarakat kampung berkenaan dengan keluarga, pekerjaan, pendapatan, bantuan kewangan, politik dan kerajaan. Saya mendapati ramai di antara mereka yang berada di bawah paras kemiskinan tegar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rupanya, ada lagi masyarakat sebegitu dalam negara membangun seperti Malaysia pada zaman pasca moden ini. Mereka yang dikategorikan sebagai miskin ialah yang sukar memenuhi keperluannya yang amat asasi sebagai manusia, yang dinamakan kemiskinan mutlak. Namun pengkategorian kemiskinan adalah relatif, berbeza mengikut kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar. Ada di antara mereka yang mempunyai penghasilan gaji tetap, swasta, usahawan kecil dan bekerja sendiri. Akan tetapi penghasilan yang diperoleh setiap bulan tidak mencukupi untuk hidup secara selesa, apatah lagi untuk mendapatkan tempat tinggal yang layak, pendidikan anak-anak, kemudahan kesihatan yang terbaik dan sebagainya. Ada pula yang tidak mempunyai penghasilan tetap, bahkan ada yang tidak bekerja. Mereka mendapatkan sumber wang melalui cara meminta sedekah dan mencuri. Masyarakat miskin dan demokrasi perut Saya boleh membuat rumusan, tekanan hidup yang mereka hadapi memberi kesan kepada sokongan politik. Disebabkan tekanan hidup yang tinggi, mereka cenderung untuk mengharap kepada bantuan. Ada juga yang berpendapat masyarakat miskin adalah masyarakat warung, sesiapa yang membeli dan membayar akan dilayani. Apa maksudnya? Masyarakat miskin sangat dipengaruhi oleh pemberian yang memberi kesan kepada sokongan. Ini bermakna, sesiapa yang membayar mereka, maka itulah pihak yang akan diundi di dalam pilihanraya. Maka timbul persoalan, dapatkah masyarakat sebegini mengamalkan demokrasi secara baik, penuh kesedaran dan tanggungjawab? Terdapat sarjana yang berpendapat demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat miskin adalah demokrasi perut (stomach democracy). Ia bermaksud mana-mana pihak yang dapat memenuhi keperluan mereka secara pragmatik seperti memberi wang, bahan makanan dan sebagainya menjelang pengundian, pihak itulah yang akan mereka undi dalam pilihanraya (Musni Omar: 2007) Apabila ditanya kepada masyarakat kampung, khususnya masyarakat di pedalaman mengenai politik, maka jawapan mereka sangat membimbangkan. Mereka akan memilih pihak yang memberi bantuan wang (yang sebenarnya hanya diberikan apabila menjelang hari pengundian). Apa yang menarik, ada juga di antara mereka yang mempertaruhkan 1 undi hanya untuk mendapatkan wang 50 ringgit yang dijanjikan. Impak kemiskinan kepada budaya politik Masyarakat di kawasan pedalaman juga mempunyai kadar akses maklumat yang terhad, yang hanya boleh didapati melalui media dan akhbar perdana. Tanpa akses kepada media dan akhabr alternatif, masyarakat sebenarnya lebih terdedah kepada maklumat sebelah pihak akibat daripada penguasaan media yang hanya terhad kepada pemerintah. Dalam faham demokrasi, yang berkuasa adalah rakyat. Tetapi secara realiti, rakyat hanya menjadi instrumen untuk keabsahan suatu kekuasaan melalui mekanisme pilihanraya yang pada umumnya dimenangkan oleh pmilik modal dan pemegang kuasa politik. Maka demokrasi dalam kalangan masyarakat miskin hanya nampak di permukaan sebagai berjalan dengan baik. Dalam masyarakat miskin dan akses kepada pendidikan kualiti yang kurang, demokrasi tidak dapat tumbuh dan berkembang dengan baik. Demokrasi dapat dijual kepada kuasa ekonomi dan politik dengan harga yang murah, kerana tekanan kemiskinan dan ketidaktahuan. Maka, masyarakat sebegini akan menyalurkan aspirasi politik mereka kepada mereka yang mempunyai kuasa wang. Justeru, mimpi Malaysia untuk melahirkan masyarakat sivil, yang berbudaya politik partisipasi masih jauh. Kesedaran ke atas tanggungjawab masyarakat masih minimum tanpa usaha sosialisasi yang konsisten daripada mana-mana pihak. Masturah Abu Bakar, API Universiti Malaya. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 28 Disember 2010
Masyarakat miskin dan demokrasi perut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
walaupun malaysia makin membangun, namun masih terdapat lagi rakyat yang miskin. bantuan harus diberikan kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup mereka.
usaha untuk membantu masyarakat miskin sememangnya dilakukan. harap usaha akan dibuat berterusan dan kemiskinan dapat diatasi.
jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia masih lagi mengamalkan konsep demokrasi. jika ada pun kawalan dibuat ianya adalah bertujuan untuk memastikan keharmonian dan perpaduan.
bantuan kepada penduduk miskin telah byk diberikan oleh kerajaan dan dilihat jumlah kemiskinan makin berkurangan. harap masalah kemiskinan akan dpt diatasi tk lama lagi.
Perlulah berusaha tentang semua ini. Jangan membiarkan mereka hidup dalm kesusahan.
memanglah satu realiti kalau ada duit semua boleh jadi...pihak pembangkang bolehkah memancing undi tanpa duit? rakyat masih miskin dan hanya duitlah segala penyelesaian kepada kemiskinan? cuma bagaimana nak ajar masyarakat miskin ni berdikari terpulanglah kepada kebijaksanaan seseorang. dan bolehkah kita ajar masyarakat miskin ni tanpa modal? so sekali lagi 'duit' adalah jawapannya!
'demokrasi perut'...ia adalah satu ungkapan kepada pihak pemerhati yang tidak puas hati dengan kemenangan BN...dan mereka memang ada penilaian sendiri...biasalah, masa bukan PRU, segala yang diminta rakyat dilambat-lambatkan. dekat PRU dan kempen, segala yang diminta rakyat ditunaikan...seperti kos-kos bina jalan yang berjuta-juta :) so semuanya kerana MU DUIT. dan apa peduli sebab yang penting PAKCIK MENANG!
antara punca keadaan ini adalah kemiskinan..di mana saja di dunia pasti isu ini ada..
akibat hidup dalam kemiskinan, pilihan yang ada tidak banyak..oleh itu pilihan yang ada akan digunakan sepenuhnya..tidak boleh salahkan rakyat sepenuhnya kerana memilih pihak yang boleh memberikan mereka apa yang diperlukan..kita harus sedar situasi mereka..
ianya menjadi tanggungjawab pihak yang menjadi kerajaan untuk memberikan apa yang diperlukan untuk kebajikan rakyat..adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan ini dalam program2 pembasmian kemiskinan seperti e-Kasih, PPRT dsbgnya satu 'demokrasi perut'?
penggunaan konsep 'demokrasi perut' harus disesuaikan dengan situasi..
We can't blame the poor. 50 ringgit may not be a lot to us, but to them, it can buy a few bag of rice.
ketika kerajaan sibuk menganjurkan program atau menghulurkan bantuan kepada golongan miskin, pembangkang dimana? pembangkang hanya sibuk membangkang tapi tidak melakukan apa2. masalah kemiskinan lebih mudah diatasi jika rakyat sendiri mengambil inisiatif memajukan diri tanpa menunggu bantuan pihak lain semata2.
Rakyat seharusnya lebih berusaha untuk diri sendiri dan ubah sikap yang selalu ingin mendapat bantuan. Jika tidak tidak akan ada perkembangan diri dan kemajuan juga tidak akan tercapai.
Masyarakat miskin, berlaku disebabkan pelbagai faktor, kenalpasti faktor2 itu dan seterusnya mencari jalan untuk menangani masalah miskin dikalangan rakyat.
Semoga masalah kemiskinan dapat diatasi dan janganlah pentingkan diri sendiri.
I don't see the opposition help the poor society much either.
Nevertheless, I do hope both the government and opposition could cooperate to find ways to improve the people's living standards. Please don't let the people suffer.
Catat Ulasan