HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Disember 2010

MTUC: Bayar gaji minimum, henti pemotongan subsidi

MALAYSIA KINI

Malaysia tidak mampu pengurangan subsidi lebih lanjut kerana sebahagian besar rakyat di negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, kata Kongres Kebangsaan Kesatuan Malaysia (MTUC).

apcet II 221209 syed shahir syed mohamudDibebani harga barangan keperluan yang terus naik, maka adalah wajar kerajaan memperkenalkan dasar gaji minumum, kata presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud.

Sambil merujuk kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun lalu, Syed Shahir berkata 34 peratus golongan yang makan gaji sekarang berpendapatan kurang RM720 sebulan dan berada di garis kemiskinan negara.

"Tiada kerajaan penyayang yang akan menaikkan lagi kos hidup sehingga membebankan rakyat.

"Kerajaan Malaysia sekarang ini tidak peduli... mereka terus menaikkan harga barangan keperluan asas yang diperlukan untuk terus hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula, semuanya akan menyebabkan kesan inflasi.

Syed Shahir berkata kerajaan tidak sensitif kerana kebanyakan isi rumah rakyat malaysia tidak dapat menampung kenaikan barangan keperluan itu.

azlanKerajaan katanya, tidak sepatutnya memotong subsidi untuk menjimatkan dana awam tetapi sebaliknya mengamalkan pentadbiran berjimat-cermat.

"Kerajaan mesti mencari jalan lain bagi memotong perbelanjaannya seperti mengurangkan perbelanjaan pertahanan dan mengurangkan rasuah, termasuk memberikan kontrak yang nilainya 'lebih tinggi' kepada kroni di semua peringkat.

"MTUC mengingatkan kerajaan supaya mengambil kira kebajikan dan masa depan rakyat, termasuk pekerja dan keluarga mereka sebagai tanggungjawab utama mereka,” katanya lagi.

20 ulasan:

evan medhousky berkata...

kenaikan harga barang memang sesuatu yang membebankan, tetapi kita tidak boleh menyalahkan kerajaan semata2 kerana faktor kenaikan itu adalah dipengaruhi oleh pasaran global. harga semakin naik, jika kerajaan terus memberikan subsidi, pasti negara akan mengalami defisit yang tinggi. rakyat perlu faham sebuah negara perlu berinteraksi dengan negara2 lain dalam pelbagai aspek. sudah tentu hubungan dan interaksi ini akan mempengaruhi semua pergerakkan dalam dan luar negara. semua negara juga mengalami kesan yang sama dan mengambil tindakan yang sama.

evan medhousky berkata...

setelah rakyat menanggung beban kesan dari penjimatan subsidi kerajaan, sudah tentu rakyat akan lebih sensitif dengan setiap program atau dasar kerajaan yang melibatkan wang rakyat. oleh itu kerajaan perlu berhati2 dalam setiap perancangan yang melibatkan dana yang besar bagi mengelakkan salah faham atau tidak puas hati dikalangan rakyat. melaksanakan gaji minimum adalah langkah terbaik bagi meningkatkan kuasa beli rakyat atau sebaik2nya saya mencadangkan penubuhan pasar 1Malaysia yang menempatkan semua barang2 subsidi kerajaan bagi mengelakkan orang tengah atau pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barang itu.

Mohd Ishak berkata...

Bagi pendapat saya, pembayaran gaji minimum adalah bagus, tapi subsidi patut dipotong. Lepas semua orang mempunyai gaji minima yang berpatutan, subsidi tidak lagi diperlukan kerana sentiasa ada kes dimana ada pihak yang tidak beretika menyeledup barangan disubsidi untuk dijual ke luar negara seperti gula, minyak dan petrol.

Tanpa Nama berkata...

harga barangan kini semakin meningkat, namun gaji pekerja tidak meningkat. oleh itu adalah wajar gaji minimum diperkenalkan di negara ini kerana masih rami lagi yang berpendapan bawah RM400, amat sukar nak menampung hidup dalam keadaan masa kini.

Mohd Ishak berkata...

Ada juga kes dimana peniaga yang tidak beretika menyembunyikan barangan subsidi dan menjualkan kepada kilang-kilang. Sehingga barangan harian terlalu sikit di pasaran untuk dinikmati rakyat. Lebih baik jika kerajaan menggunakan duit itu untuk menambah dividen dalam KWSP dan Amanah Saham.

Hosie Masie berkata...

sekiranya perkara ini berlanjutan maka akan membebankan rakyat. Apa pun kerajaan harus mencari jalan supaya tidak akan membebankan rakyat kita kelak.

Tanpa Nama berkata...

penetapan gaji minimum mungkin merupakan langkah yang baik bagi membantu rakyat berdepan dengan haraga barang yang semakin meningkat.

Tanpa Nama berkata...

harap kerajaan dapat mencari jalan yang terbaik bagi membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang.

Logop berkata...

I agree with Evan medhousky. We can't simply blame the government entirely. This is the great time for us to start spending wisely.

Logop berkata...

Hopefully the government could come up on a way to reduce the people burden. I think implementing minimum salary is a good suggestion. The government should consider it.

Tanpa Nama berkata...

Jika negara mengalami inflasi sekali lagi, maka BN patut berhati-hati.

Tanpa Nama berkata...

sekarang semua harga barangan keperluan asas naik..gaji pula kekal pada kadar yang sama..jika berterusan begini, maka akan bertambahlah bilangan penduduk yang miskin..

Tanpa Nama berkata...

walaupun kerajaan melakukan banyak pendekatan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah, namun ianya hanya menguntungkan kumpulan2 tertentu sahaja..rakyat kekal miskin, kos hidup pula semakin meningkat..gaji pekerja pula tidak berubah..maka adalah perlu bagi kerajaan segera melaksanakan dasar gaji minimum..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan harus mengamalkan pentadbiran jimat-cermat..tidak perlu membuang duit semata-mata untuk bangunan 100 tingkat yang tidak menguntungkan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan harus lebih sensitif kepada kebajikan dan masa depan rakyat..tiada gunanya slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' jika rakyat terus dibebani dengan kos hidup yang tinggi..

Tanpa Nama berkata...

Ya berul Mohd Ishak. Kalau gaji minimum dah ditetapkan dan berpatutan rasanya subsidi takda pun OK juga:)

Tanpa Nama berkata...

Semoga kerajaan akan membuat keputusan yang sewajarnya dalam soal gaji minimum.

elia berkata...

Semua pilihan itu ada, hanya menunggu untuk kerajaan memilih pilihan yang bijak.

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum ini patut dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Subsidi ini bagus, tapi ada orang yang menyalahguna subsidi ini untuk kebaikan sendiri.