HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2010

MTUC putus pendirian sokong parti politik

FREE MALAYSIA TODAY

syed-shahir_thumbPETALING JAYA: Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan memutuskan pendirian kesatuan sekerja itu untuk menyokong parti mana dalam pilihanraya umum akan datang.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam Majllis Am MTUC. Saya berharap perbincangan akan diadakan secepat mungkin,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Mohamud kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di persidangan perwakilan di sini hari ini.

Beliau menambah, di Eropah kesatuan sekerja membuat pendirian untuk menyokong parti mana dalam pilihanraya di negara mereka.

Kemudian parti yang menang tersebut akan memanggil semula kesatuan sekerja yang menyokong mereka.

Syed Shahir berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai pendirian MTUC dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

MTUC ketika ini mempunyai seramai 500,000 ahli dari 260 badan gabungan.

Dua kumpulan dalam MTUC?

Mengenai dakwaan bahawa MTUC susah hendak menentukan pendirian kerana ada dua kumpulan dalam kesatuan sekerja tersebut, Syed Shahir berkata, perkara ini tidak akan berlaku.

“Banyak perkara seperti membantah kenaikan minyak dan tuntutan gaji minima, kita buat secara bersama,” katanya.

Beberapa pemimpin utama MTUC termasuk Syed Shahir dan calon jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Hamid merupakan penyokong pembangkang.

Syed Shahir adalah ketua cabang PKR Kelana Jaya manakala Abdullah Sani adalah ahli parlimen PKR.

10 ulasan:

madd berkata...

terserah kepada MTUC untuk melakukan apa yang dirasakan perlu.

madd berkata...

namun, ada baiknya jika MTUC tidak perlu terlibat dengan politik. ini bagi mengelakkan MTUC akan giat berpolitik sehingga terabai peranan mereka sebagai kesatuan sekerja.

Tanpa Nama berkata...

MTUC tk perlulah terlbiat dalam politik kepada peranan mereka dalam mempertahankan hak2 pekerja.

Unknown berkata...

Tapi ada baiknya MTUC tidak terlibat secara menyeluruh, kerana khuatir berpotensi menjadi berat sebelah.

Unknown berkata...

Ada baik dan buruk tapi risiko itu saya rasa sudah dipertimbangkan oleh MTUC, apapun keputusan mereka, kita harapkan sahaja yang terbaik untuk mereka.

mandau berkata...

jika MTUC terlibaat dalam politik, dibimbangi perjuangan sebenar mereka untuk mempertahankan hak2 pekerja akan tersasar.

nickko berkata...

kemungkinan besar MTUC akan memihak kepada pembangkang. pasti pembangkang tidak akan mensia2kan peluang ini dan mustahil MTUC akan berundur dari pendirian mereka untuk turut sama menyokong parti politik.

Tanpa Nama berkata...

MTUC must make their own decision about this. Good luck to them.

Sanih Alias berkata...

Semoga MTUC akan membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Gopuk berkata...

Mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.