HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Disember 2010

Mudarat Kesihatan Jika Menghidupkan Aircond sebaik menaiki kereta

Oleh : MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu info yang amat berguna, selepas ini bukalah tingkap sebelum menghidupkan aircon bagi memastikan kesihatan kita tidak terjejas.

zam berkata...

maklumat dan tips yang berguna.

Unknown berkata...

Kesedaran ini amat perlu kepada semua orang.

Gopuk berkata...

Ya satu info yang sangat berguna tetapi, sepertinya ayat terakhir tergantung disitu.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana menyediakan info yang amat baik seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

We have been doing this for decades. How many benzene have we been inhaling till now?

Unknown berkata...

Maklumat ini sangat berguna kepada kita..

Antanum berkata...

Jika boleh ambilah info ini sebagai satu yang harus dilakukan sebelum memulakan perjalanan.

thinaj berkata...

I never know about this till now. Thanks for the info.