HALAMAN SANTAI

Ahad, 12 Disember 2010

Murugiah sasar 2,000 calon kaum India sertai tentera

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata beliau akan mengenal pasti 2,000 calon setahun di kalangan belia kaum India untuk menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyampaikan hasrat itu bagi mengimbangi penyertaan kaum bukan Bumiputera dalam perkhidmatan itu.

“Surat untuk mengadakan pertemuan itu telah pun hantar kepada Kementerian Pertahanan dan kini hanya menunggu tarikh yang sesuai dari pihak kementerian untuk mengadakan pertemuan, katanya melalui panggilan telefon ke Bernama di sini hari ini.”

Murugiah berkata jika belia India dapat menyertai ATM, ianya juga dapat mengatasi masalah pengangguran dan masalah sosial di kalangan golongan itu.

Pada 9 November lepas, Ahmad Zahid memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa hanya terdapat 903 anggota bukan Melayu dalam ATM yang memasuki perkhidmatan itu bagi tempoh dua tahun lepas.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 82 anggota kaum India, 26 (Cina) manakala 795 lagi adalah kaum-kaum lain yang meliputi kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: