HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Disember 2010

Najib hisap darah rakyat Malaysia

Oleh Afrar Yunus

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.Najib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini.

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI".

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.

http://alkerohi.blogspot.com/

11 ulasan:

zam berkata...

kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada subsidi untuk selama-lamanya.

zam berkata...

kenaikan harga barang mungkin tidak boleh dielakkan. harap kerajaan akan membantu rakyat dalam berhadapan dengan kenaikan ini.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga barangan bukan hnya berlaku di negara kita, tetapi juga di negara lain.

Tanpa Nama berkata...

kita kenalah mula berjimat dan bijak mengurus perbelanjaan.

Gopuk berkata...

Bagi pandangan saya, peningkatan harga barang adalah selaras dengan peredaran masa yang semakin hari semakin berkembang di setiap area..

Tanpa Nama berkata...

Apakah mereka berharap harga barangan tidak akan naik buat selamanya? Bagaimana kita boleh berfikiran sedimikian?

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya umum semakin hampir, dengan kenaikan harga barangan macam ni, apa pilihan anda?

Tanpa Nama berkata...

saya harap penulis ini dapat mencari sebuah negara yang mana harga barang keperluan dan petrol nya masih diparas yang rendah seperti era 60-70 an.. jika semua rakyat Malaysia bersikap seperti penulis, dan jika pembangkang mengambil alih negara ini, pasti Malaysia akan benar2 bankrap.

Tanpa Nama berkata...

There is no other choice. We must learn how to adapt to the price hike. Every country faced the same problems as well.

Hosie Masie berkata...

Benar, kenapa indonesia boleh idup dengan kurang subsidi. Kenapa pula kita tidak boleh. Seharusnya kita lebih maju berbanding dengan Mereka. Maka kita tidak boleh manja sangat dengan subsidi yang diberikan.

Antanum berkata...

Berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri dan juga untuk keluarga.