HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Disember 2010

Najib mengaku BN berpenyakit, nak sokong apa lagi?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya. Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang.

Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama.

Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian.

Golongan muda sudah terlalu jauh dari ‘zaman Jepun’ dan ’13 Mei’. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda. Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun.

Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal ‘perogol’ mereka sendiri.

Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas ’13 Mei’ tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, “Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?”

Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama.

Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai ‘parti komponen’ BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik.

Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi. Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap ‘kawasan tradisi PAS’. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum. Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN?

Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance).

Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila. Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan. Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat.

“Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah,” ujar Najib.

Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudak tidak berselera lagi untuk melihat BN.

Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi. Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam.

Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi?

38 ulasan:

madd berkata...

sebenarnya PR yang merupakan parti bermasalah. Sehingga kini PKR gagal menyelesaikan masalah dalaman parti. daripada PR bercakap tentang BN lebih baik mereka berfikir untuk memperbaiki parti sendiri.

madd berkata...

empat penyakit yang dinyatakan oleh PM adalah sebagai peringatan kepada ahli BN. jadi PR tidak perlulah mengulas mengikut persepsi sendiri, lebih mereka fikirkan tentang masalah mereka sendiri.

tombolo berkata...

Najib hanya menyeru pemimpin BN untuk membuang sikap negatif dalam diri. ini tk bererti BN bermasalah.

Tanpa Nama berkata...

Once identified their weakness, must work hard to improve the party.

Tanpa Nama berkata...

Don't ignore the problems, solve it.

nickko berkata...

“Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?”

siapa yang minta ketuanan melayu di hapuskan? kalau ikutkan PR, bukan setakat hak, kuasa raja2/sultan juga mesti dihapuskan.. lihat realiti bukan emosi.. Pakatan yang sebenarnya berpakat menghancurkan negara dan rakyat.

nickko berkata...

siapa yang suka menabur fitnah? siapa yang suka memutarbelitkan kenyataan pihak lain? siapa yang sengaja memperkudakan rakyat untuk melakukan demo jalanan semata2 untuk kepentingan politik? pemimpin sepatutnya melindungi rakyat bukan menjadikan mereka perisai untuk melakukan demo.. semua tuduhan2 dalam artikel ini sebenarnya telahpun diamalkan oleh PR. malah lebih teruk lagi.

Tanpa Nama berkata...

peyakit dalam parti pembangkang jauh lebih teruk hingga timbul pelbagai kekecohan.

nickko berkata...

"Najib mengaku BN berpenyakit, nak sokong apa lagi?"

kenyataan Najib ini adalah bukti bahawa mereka tidak angkuh. bukan macam PR yang tidak mahu mengaku kelemahan walaupun terang2 kelemahan itu berlaku dihadapan rakyat. lihat siapa yang angkuh sebenarnya.. mengakui kesilapan dan memperbetulkan kesilapan itu lebih baik dari terus menyembunyikan kelemahan dan membiarkan kelemahan itu terus bersarang dalam Pakatan. PR memang tidak layak mentadbir kerana dari kenyataan mereka menunjukkan tahap kewarasan mereka semakin rendah..

Tanpa Nama berkata...

Kita nantikan kenyataan dalam artikel ini. Siapa yang lemah dengan undian nanti.

Tanpa Nama berkata...

Najib akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyatnya nanti. Tidak mustahil BN akan menang dan sokongan bukan melayu tetap akan memihak kepada BN.

Jason berkata...

There is no such thing as a perfect party.It's normal for party to have issues. It's the matter of how they settle the problem that counts.

Jason berkata...

Any problems that BN or any other party is facing should be solved as soon as possible before it weakens the party.

Tanpa Nama berkata...

Setiap parti memang mempunyai lekuk masing2.Maka tidak hairan la Najib akan berkata sedemikian.

chimchim berkata...

People support is the greatest way to alleviate the bad things.

Tanpa Nama berkata...

PKR dan DAP turut berpenyakit, takkan tiada orang yg sokong?

Nemia berkata...

It's not an easy task to maintain the well being of the people.

Ezef berkata...

Room for improvement is always there.

Tanpa Nama berkata...

berkenaan denga PRU, ianya terpulang kepada najib..pihak lain hanya boleh menduga..

Tanpa Nama berkata...

BN berpenyakit, demikian juga PR..tiada parti politik di malaysia yang tidak berpenyakit...cermin dulu diri sendiri baru kritik pihak lain..BN mengakuinya, adakah PR juga berani mengakuinya?

Tanpa Nama berkata...

penyakit2 politik seperti yang dikatakan oleh najib harus dikikis agar BN terus relevan untuk menjadi kerajaan..jika tidak, jika tiada perubahan, maka pihak yang harus dipersalahkan adalah diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

isu perkauman harus dihentikan..kerajaan harus membuktikan bahawa tiada pihak yang mendapat lebih daripada pihak lain..kesaksamaan perlu dipraktikkan.

Tanpa Nama berkata...

kita haruslah berani mengakui kelemahan diri dan memperbaikinya..inilah yang dilakukan oleh BN..PR pula bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

"...khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance)..."

4 penyakit tersebut harus dibasmi..4 penyakit inilah yang akan menjadi punca kejatuhan BN jika tidak dibasmi..

Tanpa Nama berkata...

diharap teguran najib kepada BN akan diambil sebagai iktibar..perubahan dan pembaikan harus dilakukan..

Tanpa Nama berkata...

Najib hanya membuat seruan dan peringatan agar ahli BN sentiasa berada di landasan yang betul dalam menjalankan t/jawab mereka terhadap rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ayoo, takkan hal sebegini pun mahu diputar belit?????

Tanpa Nama berkata...

Bukankah menasihat itu lebih baik daripada asyik beranggapan parti terlalu sempurna sedangkan hal sebenar adalah sebaliknya???

Tanpa Nama berkata...

apapun lantakklah dengan gimik ni. Yang penting BN harus mendengar nasihat Najib agar mereka kekal kukuh di hati rakyat.

Tanpa Nama berkata...

So all the best BN :)

Gopuk berkata...

Penyakit yang masih boleh dirawat, xkritikal...jadi beliau ingin menyembuhkan penyakit tersebut bersama2 rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Berpenyakit tidak semestinya tidak boleh diubati.

Tanpa Nama berkata...

Cabaran terbesar BN adalah dari golongan muda kini merupakan sebahagian besar dari pengudi Malaysia.
Golongan ini tidak mudah terpengaruh dan ada fikiran tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lagi menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan kuasa.
Tindakan ini cuma menjauhkan golongan muda.

Unknown berkata...

Najib juga bercita-cita mengubati BN supaya lebih releven.

Tanpa Nama berkata...

Najib berani mengakui kelemahan dalam BN bermakna beliau sedia membuat perubahan dalam BN supaya lebih kuat dan mantap.

Tanpa Nama berkata...

Tindkan Najib patut dipuji dan dicontohi. Dari menutup malu lebih baik dedahkan dan bertaubat.

Unknown berkata...

Sukar mendaftarkan ahli baru dari golongan muda merupakan cabaran terbesar buat semua komponen parti dalam BN.