HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Disember 2010

Najib umum Samy duta khas infrastruktur

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR − Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara formal mengumumkan pelantikan bekas presiden Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai duta khas baru Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan.

"Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Samy Vellu sebagai duta khas infrastruktur bagi India dan Asia Selatan.

"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat (daripada beliau)," kata beliau ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu berjudul "A Life. A Legend. A Legacy" di sini hari ini.

Lantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Kata Najib, pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.

Jawatan duta khas itu bertaraf menteri.

Najib juga memuji Samy Vellu atas sumbangannya selepas berkhidmat untuk rakyat dan negara selama 31 tahun khususnya dalam menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Kolej TAFE, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Pemulihan Sosial.

“Saya harap anda akan bercakap tentang legasi Datuk Seri S.Samy Vellu... saya harap semua pertubuhan ini akan terus berkembang pada masa depan,” katanya. Dalam ucapannya, Najib juga meminta MIC di bawah kepimpinan baru untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkukuhkan perpaduan parti dan mengenepikan kepentingan dan cita-cita peribadi.

“Saya mengharapkan MIC. Saya mahu memastikan Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum akan datang. Kami (parti komponen BN) perlu berkerja sebagai satu kumpulan, bersatu padu dan perlu menunjukkan di bawah kepimpinan baru MIC, kita boleh bangkit menyahut cabaran,” katanya.

Sebagai Pengerusi BN, Najib berkata MIC perlu mula melihat calon yang boleh membawa kejayaan, yang juga pilihan rakyat bagi memastikan reputasi MIC kekal mantap di peringkat kebangsaan dan negeri.

Samy Vellu, 74, presiden parti yang paling lama, menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Palanivel awal bulan ini.

Tiada ulasan: