Fakhri Ali |
SEBERANG JAYA: Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini. Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik. "10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara. “Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang, " demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik semasa berucap di pentas Anak Muda Keadilan Pulau Pinang, semalam. Katanya lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata, negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara. Katanya, dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah. Rakyat, tambahnya akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara. "Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang. “Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR, " tegasnya lagi. Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 26 Disember 2010
Negara tidak bankrap laksana tawaran 100 Hari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
tawaran 100 hari bukannya pekara mudah untuk dilaksanakan.
berjanji atau sekadar bercakap memang mudah tapi untuk melaksanakan janji adalah sukar.
janji 100 hari tu belum tentu berjaya dicapai, ia akan sama juga seperti janji 16 september yang entah ke mana.
Dari apa yang saya lihat, setakat ini tidak ada sebarang pencapaian yang dapat dibanggakan dari PKR untuk rakyat....minta maaf sekiranya saya salah dan tersilap menilai, tetapi jika ada sesiapa yang dapat menyenaraian pencapaian mereka, silalah berbuat demikian sebagai satu perkongsian bersama.
sepatutnya PR menunaikan semua janji2 di negeri2 PR terutamanya janji semasa PRU 12 lagi sebelum mencadangkan janji 100 hari ini. bagaimana rakyat boleh lihat kemampuan PR sedangkan pentadbiran PR di 4 buah negeri tidak begitu memberangsangkan. dan bagaimana mereka mahu menamatkan perkhidmatan syarikat swasta dalam masa 100 hari? bayar pampasan ratusan juta atau menggunakan pendekatan ketenteraan??
We'll wait and see how it goes after 100 days.
Janji senang dierikan tapi bila akan dikotakkan janji tersebut. Maka rakyat jangan terpedaya dengan semua ini.
Rakyat dapat menilai baik dan buruk seseuatu parti itu, diharap agar apa yang telah dijanjikan akan ditunaikan dengan segera.
Catat Ulasan