HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

Pairin dibidas gagal bela hak masyarakat Sino-Asal


edwinrocketOleh Queville To

KOTA KINABALU: DAP Sabah hari ini mengkritik Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan mewar-warkan slogan 1Malaysia dan masih gagal untuk menyokong dan membela hak masyarakat Sino-Asal.

Setiausaha parti Dr Edwin Bosi menyatakan bahawa Persatuan Sino-Asal Sabah (SSNA) ialah tidak lain menjadi alat PBS (Parti Bersatu Sabah) dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) untuk mengawal masyarakat Sino-Asal.

“Kenyataan ketua penerangan PBS, Johnny Mositun bahawa masyarakat Sino tidak memerlukan bantuan DAP sama seperti membuka pekung di dada,” kata Bosi.

Beliau memberi komen reaksi terhadap kenyataan Mositun yang mempertahankan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Johnny Goh sebagai presiden SSNA. Johnny juga merupakan pemimpin PBS.

Mositun yang merupakan Timbalan Speaker Dun Sabah mengatakan bahawa Bosi tidak dapat menerima hakikat bahawa masyarakat Sino Sabah mampu memperjuangkan hak mereka tanpa gangguan ahli politik.

Bosi berkata kepimpinan PBS yang membelakangkan masyarakat Asal yang berdarah campuran menidakkan kepimpinannya sendiri apabila ia membenarkan pemimpinnya mengetuai persatuan tersebut.

Serangan di antara kedua-dua parti ini timbul apabila status ‘Asal’ ketua DAP Sabah dan Adun Tanjung Kapor Jimmy Wong menjadi isu setelah ditimbulkan di Dewan Undangan Negeri oleh wakil rakyat Sekong-Barisan Nasional (BN), Samsudin Yahya pada bulan November tahun lepas.

Perkembangan mendadak dalam kisah ini

Ekoran dari perkembangan ini, Pairin yang juga merupakan presiden KDCA dan pemimpin tertinggi atau Huguan Siou masyarakat Kadazandusun telah dipersalahkan atas kegagalannya menyuarakan hak-hak masyarakat Asal.

Bosi turut menambah bahawa meskipun pengeluaran sijil Asal dibekukan oleh kerajaan Berjaya pada tahun 1982, pentadbiran PBS tidak membuat apa-apa untuk membantu masyarakat Asal ketika memerintah selama sembilan tahun selepas mengambil alih pentadbiran negeri dari parti Berjaya dalam tahun 1985.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan BN pimpinan Umno sedang mencari kesalahan pihak lain kerana sesetengah individu dalam masyarakat tersebut sudah berani mempersoalkan pemerintahan Umno.

“Wong ialah mangsa pertama,” katanya.

Bagaimanapun, kes hak Asal Wong dijangka berubah secara mendadak apabila beliau mendapatkan bantuan SSNA selepas dinasihati Mositun.

“Wong akan menyerahkan borang keahliannya tidak lama lagi,” kata Bosi.

“Selama ini Wong selalu menyatakan bahawa dia bangga menjadi orang Sino-Kadazan dan mempunyai warisan Asal,” ujarnya.

Kini SSNA akan mendapat sokongan parti politik kedua yang paling berpengaruh dalam BN untuk membatalkan pembekuan dalam pengeluaran sijil Asal serta-merta untuk mengisytiharkan bahawa mereka berdarah campuran-Asal juga layak memperoleh hak orang Asal kerana persatuan tersebut dipimpin oleh pemimpin PBS.

“Ini akan membolehkan ribuan orang Sino-Asal dan anak-anak hasil dari perkahwinan campuran orang Asal dan bukan Asal memperoleh sijil Asal, lantas membolehkan mereka menggunakan hak dan keistimewaan mereka.

Persatuan itu juga mesti bekerja keras agar Mahkamah Asal dinaiktaraf supaya ia sama seperti mahkamah sivil dan syariah,” kata Bosi.

16 ulasan:

samm berkata...

para pemimpin seperti Pairin selama ini sentiasa membantu masyarakat dan sentiasa menyokong dan membela masyarakat.

samm berkata...

apa pun isu yang timbul ianya perlulah diselesaikan secara profesional.

Tanpa Nama berkata...

pairin sebenarnya byk membantu masyarakat termasuk sino-asal.

Unknown berkata...

Pairin sudah laksanakan tugas yang terbaik dan bagi saya, masyarakat sino itu sendiri harus mengubah nasib diri..takkanlah semua nak minta wakil rakyat bantu baru mau bergerak????

Unknown berkata...

Dr Edwin Bosi sebenarnya hanya lihat dari sudut pandangan dia sendiri tentang Pairin...cuba kita tanya bangsa sino itu sendiri...

Unknown berkata...

saya rasa Pairin sudah lakukan tugasnya dan kalau tidak semua senang hati dengan bantuannya..terpulanglah. sekurang-kurangnya 10% hak bangsa sino terbela pun jauh lebih baik daripada tiada langsung

Unknown berkata...

yang membidas Pairin tu...adakah dia pernah membela nasib bangsa sino? setakat mana kejayaan anda membela nasib bangsa sino?

Unknown berkata...

ada benda yang Pairin perlu cakap...ada yang tidak perlu dicakap..pihak pembangkang boleh menuduh apa saja yang disukai kerana..setiap orang boleh bersuara..

kb girl berkata...

Sino tergolong dalam bumiputra, hak mereka kena dibela.

Tanpa Nama berkata...

hak sino mmg dibela selama ini.

Unknown berkata...

Apa yang Pairin lakukan sehingga ada terbitnya artikel sebegini? Hanya kerana Pairin menyuarakan 1Malaysia?

Unknown berkata...

Tapi dilihat, orang-orang Sino tidak bising pun? Sino termasuk dalam golongan bumiputera, semuanya dilayan sama rata. Kalau mahu dibidas, bidas tentang pendatang2 haram yang hidup sama sihat sama rata dengan penduduk tempatan.

nickko berkata...

patut dijelaskan sekali apa hak masyarakat Sino-Asal yang gagal dibela oleh Pairin..

Tanpa Nama berkata...

Stop politicizing these kind of issues and focus on the real problems that we are facing.

Sanih Alias berkata...

Mungkin memang PR cuma mahu mengambil perhatian dari rakyat. Kerana PR tidak mendapat sokongan yang baik di Sabah.

Antanum berkata...

hak2 masyarakat sino-Asal memang suda digariskan, apa lagi yang mereka inginkan?