HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Disember 2010

Pakatan: 1Malaysia hanya untuk kepentingan Umno

MALAYSIA KINI

Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

khalid samad pas muktamarTerbaru ahli lajnah politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya dipetik oleh TV Selangor.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Retorik perkauman

hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersMenurut Lim (pertama dari kanan) retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

"Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu," ujarnya.

NONEJusteru, Khalid berpendapat dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

"Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN," katanya.

Sementara itu ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali (bawah, kanan) dipetik Harkahdaily berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.

'Double standard'

NONEMalah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.

Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat.

"Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.

"Mereka larang semua ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.

Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.

NONEIni kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.

"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukan? Kenapa pimpinan Pakatan tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?

"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.

14 ulasan:

samm berkata...

konsep 1Malaysia sebenarnya baik untuk mengekalkan perpaduan yang ada dalam negara kita.

samm berkata...

rasanya 1Malaysia bukan untuk kepentingan politik tapi adalah untuk kebaikan semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

1malaysia adalah untuk penyatuan masyarakt malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Unknown berkata...

terpulanglah kepada masing-masing bagaimana mereka mentafsirkan maksud 1Malaysia. Apa yang jelas, pihka pembangkang sentiasa menentang apa pun yang dikatakan oleh umno...so walaupun 1Malaysia buruk atau baik...tetap ia memberi pandangan berbeza bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang

Unknown berkata...

nak tanya pembangkang apa bukti 1Malaysia ni digunakan sebagai alat kepentingan umno?

kb girl berkata...

Semangat 1 Malaysia sangat disokong oleh rakyat jelata tetapi tidak begitu sokong oleh segelintir orang termasuk ahli BN sendiri.

Tanpa Nama berkata...

1malaysia adalah untuk semua rakyat malaysia, ia bukan untuk sesetengah pihak sahaja.

Unknown berkata...

Kalau sangat bermasalah slogan 1Malaysia ni, sila cadangkan nama baru.

Unknown berkata...

Jika kita lihat dan baca matlamat utama 1Malaysia, tidak ada yang menampakkan ianya hanya untuk kepentingan Umno semata2. Malah jika kita bersatu hati dan bekerjasama dalam sama2 menjayakan 1Malaysia saya pasti, kebaikkan dan kepentingan bersama akan dicapai.

nickko berkata...

apa sahaja konsep atau program kerajaan pasti dikaitkan dengan politik oleh pembangkang. pembangkang hanya tahu membangkang bukan sahaja yang buruk malah semua yang baik dari kerajaan turut sama dibangkang. berkenaan dengan sikap double standard, bukankah pembangkang juga bersikap seperti itu terhadap kerajaan??

POP berkata...

Saya percaya 1Malaysia akan berjaya mengubahkan pandangan rakayat terhadap konsep ini.

Tanpa Nama berkata...

Why keep playing with the 1 Malaysia issue when there are much more important issues we are facing.

Sanih Alias berkata...

Setahu saya 1 Malaysia untuk rakyat Malaysia supaya ereka bersatu untuk membangunkan negara dan keharmonian negara.

Gopuk berkata...

Jangan terlalu negatif terhadap 1malaysia. Jika kita berfikiran negatif semestinya apa yang kita perolehi juga akan negatif.