AMPANG– Selangor dibawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya menyelesaikan satu lagi masalah rumah terbengkalai apabila seramai 329 orang bakal mendapat surat hak milik kediaman mereka di Taman Mawar, Ampang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, surat hak milik itu akan diserahkan 12 Disember depan dalam satu majlis anjuran kerajaan negeri.
Iskandar dalam kenyataan medianya berkata daripada 329 pemilik, seramai 204 pemilik telah menjelaskan bayaran premium sehingga november 2009 dan selebihnya masih belum membuat pembayaran.
Daripada 204 pemilik sebanyak 193 telah dikeluarkan hakmilik pada 2010 dan baki 11 masih didalam proses.
Taman Mawar adalah kawasan perumahan yang dibina dalam tahun 1984 dan telah siap dua tahun kemudian.
Ia terdiri dari 304 unit kediaman dan 25 unit kedai.
Pemilik telah mula berpindah masuk dalam tahun 1986.
Iskandar berkata pihak kerajaan negeri terpaksa mengambilalih projek terbengkalai itu berikutan pihak pemaju Musytari Development Sdn.Bhd gagal menjelaskan premium tanah lot sebanyak RM 318,000.00 dan pemaju telah diisytiharkan muflis pada 18 Januari 1996.
Iskandar menambah, kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid telah menggariskan beberapa perkara dalam usaha menyelesaikan masalah projek terbengkalai hasil pentadbiran lompang kerajaan terdahulu, UMNO-Barisan Nasional.
Antaranya :
1. Meluluskan pemecahan lot-lot individu daripada lot besar.
2. Meluluskan pemberimilikan semula kepada pemilik-pemilik .
3. Meluluskan bayaran tunggakan cukai tanah kepada bayaran nominal RM1.00 dan pengecualian bayaran denda lewat.
4. Meluluskan bayaran premium mengikut kadar nominal RM 100.00 satu lot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan