HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2010

Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Staff Berita Semasa

tan sri isa samad Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Tahniah Tan Sri Isa Samad yang telah diangkat sebagai Pengerusi Felda yang baru. Kalau sebelum ini beliau bukan main lagi menafikan. Tup-tup hari ini beliau akan dilantik Pengerusi Felda bagi menggantikan Tan Sri Mohd Yusof Noor yang bakal tamat 31 Disember 2010 ini

  • Tan Sri Isa Samad, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.
  • Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno sebelum digantung kerana terbabit dengan politik wang.
  • Tan Sri Isa Samad sekarang merupakan ADUN Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009.

Beliau sebelum ini pernah digantung kerana terlibat dalam kes rasuah, kemudian sekarang ini dilantik pula sebagai Pengerusi Felda yang baru. Kes sebegini sama yang berlaku dalam struktur pentadbiran P_etronas ekarang ini. Dah bagus Tan Sri Hassan Marican jadi CEO Petronas, tetapi akhirnya digantikan dengan individu yang pernah dibuang dari MISC

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Bernama

tan sri isa samad 2 Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Kenapa agaknya Tan Sri Isa Samad mula-mula ditanya tidak mahu mengaku?

Tan Sri Isa Samad declines comment on possible Felda chairmanship

SEREMBAN: Former Negri Sembilan Mentri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad declined comment Monday when asked if he was going to be appointed the new chairman of Felda. Mohd Isa, who is the assemblyman for Bagan Pinang, Negri Sembilan, said he had not received any information to that effect and that he had also learnt about it from a media report. The Utusan Malaysia newspaper reported Monday that Tan Sri Isa Samad would be appointed chairman of Felda to succeed Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor whose contract of service ends on Dec 31.

Tan Sri Isa Samad, 61, was the mentri besar of Negri Sembilan for 22 years, from April 1982 to March 2004. He was also a minister of the federal territories and a former vice-president of Umno. Tan Sri Isa Samad became the assemblyman of Bagan Pinang after winning a by-election on Oct 11 last year. – Bernama

Hairan kami, adakah Malaysia sudah kehabisan barisan muda yang “berkualiti daripada segi kerja, tangggungjawab dan amanah” untuk menerajui FELDA. FELDA ketika ini dihimpit pelbagai masalah. Diharapkan apabila timbul pelbagai masalah, akan ada perubahan pentadbiran ke arah yang lebih baik, tetapi lain jadinya sekarang ini. Anak Peneroka FELDA sendiri pun tidak setuju dengan pelantikan Tan Sri Isa Samad.

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut. Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

“Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak). “Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu,” kata beliau

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAS Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu. “Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini. Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan. “Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong. In kerana ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu. “Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik. “Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

“Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut,” katanya. Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

“Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired? Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan,” tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda. Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

P/S : Kami nak tanya, adakah kalian bersetuju Tan Sri Isa Samad diangkat sebagai Pengerusi FELDA?

12 ulasan:

madd berkata...

selamat menjalankan tugas dengan baik kepada pengurusi felda yang baru.

madd berkata...

diharapkan selepas ini felda menjadi lebih maju dan lebih berdaya saing.

mandau berkata...

harap pengerusi Felda yng baru dpt mengembang dan memajukan lagi FELDA.

tombolo berkata...

semoga dia dpt melaksanakan dan mengurus FELDA dgn baik.

gambir berkata...

hai..kenapalah manusia ni...sudah kaya nak kaya lagi. sehingga sanggup ambil rasuah dan...fikirkanlah orang-orang miskin dan papa kedana yang amat memerlukan sokongan anda untuk teruskan hidup?

gambir berkata...

cuma adakah Isa benar telah dibuktikan terbabit rasuah? atau setakat fitnah untuk menjejaskan nama beliau?

gambir berkata...

spekulasi felda bankrap tu ada kaitan dengan pelantikan Isa sebagai pengerusi FELDA baru? entahlah..

Tanpa Nama berkata...

Even though there are many people opposing to the election of Isa Samad, but since the decision is made, it is hoped that he will do a good job.

nickko berkata...

saya juga sebenarnya tidak bersetuju dengan lantikan ini melainkan ada jaminan bahawa beliau tidak akan mengulangi kesalahan yang sama iaitu rasuah. PM sepatutnya menilai risiko atas pelantikan itu untuk kebaikan warga felda dan kerajaan.

Antanum berkata...

Semua orang ada peluang kedua, dan apa salahnya kita berikan beliau peluang kedua dan membuktikan bahwa beliau sudah berubah dan akan menjalankan tugas dengan amanah.

Sanih Alias berkata...

Semoga memberikan yang terbaik kepada FILDA nanti.

Gopuk berkata...

Kita tunggu dan lihat bagaimana pengurusan beliau.