| Mohd Nor Yahya |
|
Beliau yang mewakil Menteri Besar berkata sempena berada dalam bulan pertama dalam Kalendar Islam 1432 Hijrah, penjawat awam seharusnya memulakan semangat baru dan sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pimpinan kerajaan agar segala aspirasi rakyat dapat dipenuhi. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Exco negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias. “Tuan-tuan adalah umpama sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu yang baik, nescaya kenderaan tersebut akan sentiasa berada dalam situasi yang baik juga, oleh itu hubungan antara kenderaan dan pemandu amat perlu dijagai sepanjang masa” ujar beliau. Beliau juga berkata sekiranya kenderaan tersebut ingin dipandu oleh pemandu litar, seharusnya kenderaan itu juga sesuai dengan keadaannya. Mohd Amar berharap kerjasama yang dijalinkan antara kedua-dua pihak iaitu penjawat awam dan pimpinan negeri dikekalkan sepanjang masa . Beliau juga menyeru semua penjawat awam agar menjadikan bulan muharram ini sebagai satu bulan untuk bermuhasabah dalam aspek pengurusan kerja. Sementara itu menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias, penjawat awam sewajarnya menjadikan permulaan bulan hijriah sebagai bulan untuk merangka perancangan dalam pelbagai aspek termasuklah urusan kerja. “Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat jadikan bulan hijriah dalam pengurusan kerja dan tuan-tuan hendaklah menggunakan buku catitan harian yang disediakan untuk merancang pelbagai urusan kerja dengan mengambil kira kalendar Islam,” kata beliau. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 13 Disember 2010
Penjawat awam bagaikan sebuah kenderaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan