HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Disember 2010

SABAH SYURGA CHINA DOLL?

Oleh: AZRUL ABDUL HALIM

PIHAK berkuasa di Sabah terutama Unit D7 PDRM dan Pengarah Imigresen Sabah yang baru bagaikan terbius oleh ketakutan kerana tidak berani bertindak terhadap ‘Operasi China Doll’ di Sabah setelah Mantan Pegawai Kanan Polis Sabah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur setelah menyerbu Strawberry Karaoke dan Kim Bee Karaoke dan memberkas ramai GRO ‘China Doll’.

Sehingga kini, perpindahan Pegawai Kanan polis berkenaan masih menjadi misteri kerana seolah-olah ada ‘Big Boss’ yang mengawal pihak berkuasa; memberi arahan yang wajar dipatuhi secara mandatori sehingga pegawai polis terpaksa menjaga periuk nasi masing-masing dan tidak menceroboh kawasan larangan.

Dianggarkan lebih 20,000 orang GRO China Doll bersembunyi di Sabah, sama ada menggunakan pas lawatan atau pas pelajar; sebahagian besarnya menjadi ‘pendatang haram’ bersembunyi di Beverlly Hill Penampang setelah pas lawatan mereka tamat tempoh.

Misteri kehilangan 50,000 warganegara China yang memasuki Malaysia sejak 2007 mungkin terjawab kerana sebahagian besarnya bersembunyi di Sabah; ada di antaranya terpaksa menggunakan Pasport Terbang Filipina atau Indonesia dan dijamin oleh ‘Suami Angkat’ mereka atau ‘Majikan’.

Serbuan ‘Ala Kadar’ yang dilakukan hanya sekadar ‘acah-acah’ semata-mata untuk menjalankan tugas; apatah lagi setiap kali serbuan ke King Karaoke di Kompleks Asia City sekadar menurut arahan iaitu hanya satu bilik yang diserbu; manakala bilik lain yang menempatkan GRO tidak pernah disentuh.

Puluhan Karaoke dan Rumah Urut atau Salon atau ‘Calling Girls’ di Penampang terdiri daripada China Doll namun ada di antara mereka memegang pasport palsu Filipina yang diperolehi daripada ‘agen’ membekal GRO di Labuan.

Persoalan yang timbul, kenapa Unit D7 PDRM dan Jabatan Imigresen Sabah gagal mengesan kehadiran mereka sedangkan wartawan Sabahkini.net begitu mudah menemui mereka; seolah ada MOU yang tidak tersurat antara pihak berkuasa dengan agen China Doll.

Paling memalukan, China Doll yang sudah tidak laku di Karaoke atau Rumah Urut mula menjual diri di Kampung Air dengan harga yang murah antara RM50 hingga RM100 kerana menghadapi persaingan dengan ‘Pondan’ yang menjadi kegemaran pelanggan!

Mengikut laporan 'The Trafficking in Persons (TIPS) Report 2009' yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat telah menyenaraikan Malaysia salah satu negara yang gagal berbuat sesuatu untuk menyekat penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan disenarai hitamkan bersama Myanmar, Chad, Cuba, Entrea, Fiji, Iran, Kuwait, Mauritania, Niger, North Korea, Papua New Guinea, Saudi Arabia, Sudan, Swaziland Syria and Zimbabwe.

Malaysia telah dilabelkan sebagai destinasi persinggahan utama wanita dan kanak-kanak yang diseludup untuk diperdagangkan sebagai pekerja seks dan buruh paksa dan untuk tujuan komersil. Laporan terperinci yang telah dicadangkan oleh AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) di Kaukus Parlimen yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi pada April 2009 namun belum ada sebarang tindakan drastik diambil kerajaan.

Usaha untuk membasmi pelacuran bukanlah tugas yang mudah, sekalipun Seksyen 372 (1) (d) Kanun Keseksaan menetapkan bahawa sesiapa yang didapati terlibat dengan kegiatan maksiat boleh di penjara selama 15 tahun, sebatan dan didenda sekiranya mahkamah mendapati mereka bersalah.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya menubuhkan unit khas untuk mengesan kehilangan 50,000 warga China di Malaysia setelah kejayaan memberkas Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia berhubung visa untuk China Doll.

Sebagai rakyat Sabah yang pertama menjadi Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, ramai menaruh harapan tinggi agar Haji Mohamad Mentek dapat menggempur bukan sahaja China Doll malah ramai warga asing yang bersembunyi di Apartment Beverlly Hill dan Bundusan Plaza, Penampang yang mendatangkan banyak masalah sosial di Sabah.

11 ulasan:

zam berkata...

sebaiknya siasatan dilakukan bagi memastikan sama ada pekara ini benar atau tidak.

zam berkata...

jika benar banyak "China doll" di Sabah, maka tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pekara ini.

Tanpa Nama berkata...

dakwaan ini perlu dibrri perhatia ndan disiasat, kita tak boleh biarkan 'china doll' terus berleluasa di negara kita.

Tanpa Nama berkata...

jgn biarkan sabah dicemari oleh kegiatan tidak bermoral 'china doll' ini. tindakan tegas perlu diambil.

Gopuk berkata...

Diharap ini akan menyedarkan rakyat sabah sendiri bahawa tidak akan ada yang mendapat sebarang keuntungan melainkan china doll dan juga taiko2 besar...oleh itu dinasihatkan kepada rakyat Sabah jangan sesekali membenarkan kegiatan ini berkembang di Sabah dan jangan pernah menyokong dengan apa cara sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

sebab itu banyak masalah di Sabah yang tidak mampu diselesaikan. jika pihak polis serius dan tegas dalam melaksanakan tugas mereka, masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

I hope that these China dolls and prostitutes will be arrested and sent back to their homeland.

Unknown berkata...

Polis seharusnya tidak boleh dikawal oleh pihak lain. Ini akan menyebabkan jenayah akan berleluasa lagi.

Antanum berkata...

Tugas ini tidak boleh diletakkan dibahu polis sahaja, kerana ini melibatkan banyak pihak bertanggungjawab. Orang ramai juga perlu mengambil bahagian dan sama2 melumpuhkan aktiviti ini.

jsiput berkata...

20,000 adalah jumlah yang banyak. Polis harus tegas dan berani untuk bertindak terhadap "Operasi China Doll". Polis tidak harus membiarkan "Big Boss" mengawal mereka.

jsiput berkata...

Diharapkan polis akan melaksanakan tugas mereka sebagai polis dan menangkap kumpulan "china doll" tersebut.