| KUALA LUMPUR: Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini yang didedahkan Wikileaks.
Bagi Bernama, laporan itu merujuk kepada pendedahan bahawa Datuk Seri Anwar telah diperangkap dan Anwar masuk ke dalam perangkap itu.
Namun, agensi berita itu tidak melaporkan pendedahan lain yang dibuat oleh Wikileaks dalam laporan mereka itu.
Antaranya, diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney berkata: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu.
Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.
Seorang lagi diplomat Singapura, Peter Ho dalam Mac 2008, mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.
Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.
Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.
Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.
|
11 ulasan:
macam-macam dakwaan yang ditimbulkan. namun, kesahihannya tidak dapat dipastikan lagi.
apa pun, pasti kebenaran akan diketahui juga nanti.
mcm2 cerita yang didengari, tak tau mana yag benar.
Cerita makin complicated... Entah mana betul, mana salah. huhu
Apapun, saya yakin kebenaran pasti akan terdedah suatu masa nanti.
adakah pembangkang mempunyai bukti tentang hubungan kerjasama konspirasi pihak kerajaan dan juga Singapura? bagaimana pula pihak kerajaan berkerjasama dengan Singapura sedangkan singapura juga benci dengan Malaysia serta menuduh PM terlibat dengan pembunuhan wanita monggolia itu?
Most probably it's just rumors.
pembangkang sekadar mampu membuat spin setelah tembelang pemimpin mereka didedahkan. lihat sahaja kenyataan mereka yang jauh melencong sehingga melibatkan ex-PM Abdullah dan Khairy. malah yang sebenarnya mempunyai hubungan dengan Singapura adalah Pakatan iaitu DAP. lebih baik Anwar bersara dan mengaku sahaja di Mahkamah. tidak lama lagi seluruh dunia akan tahu dan masa itu kalau pun Anwar jadi PM semua negara akan memutuskan hubungan diplomatik kerana Malaysia ditadbir oleh pemimpin2 yang tidak bermoral.
Anwar siapa tidak kenal, Ketua PR yang suka dengan liwat..Dulu rajin memburukkan kerajaan Malaysia diluar negara sekarang Singapura sendiri yang menjatuhkan nama anwar.
Rakyat sendiri perlu tahu menilai isu ini.
Ulasan tersebut adalah dari konteks lain dan kita masing2 mempunyai pendapat tentang ini.
Catat Ulasan