HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Disember 2010

SPRM DIGESA SIASAT 1AZAM

Oleh: ZEILA A

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan segera berhubung pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Bobbey Suan bahawa 102 daripada 557 senarai e-kasih Nabawan tidak layak menerima program 1Azam, termasuk pegawai Kerajaan.

“Siasatan harus ditumpukan siapa yang menjadi dalang menggunakan senarai e-kasih untuk tahun 2000 bagi penerima 2010? Dalam hal ini, pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan Menteri terbabit perlu meletakkan jawatan atau bercuti ketika siasatan dijalankan kerana dibuat secara tidak telus,” ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan.

Program Kerajaan Persekutuan ini amat baik untuk membantu Sabah membasmi gelaran Negeri termiskin di Malaysia, namun pelaksanaannya dibuat secara tergesa-gesa sehingga memudahkan berlakunya penyelewengan kerana Jabatan Audit Sabah tidak professional menjalankan tugas.

Tegas Zainuddin, kerjasama semua pihak amat penting kerana pelaksanaan program secara membuta tuli akan membazirkan wang rakyat kerana penyelewengan mudah dilakukan disebabkan tidak ada pemantauan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Audit Negara dan SPRM.

“Pegawai yang mengesahkan senarai e-kasih tanpa rujukan silang berkenaan harus dipecat kerana jika benar pendedahan Bobbey, maka senarai e-kasih yang digunakan di seluruh Sabah juga tidak sah disebabkan penuh dengan fakta palsu dan penyelewengan,” ujar Zainuddin yang mencabar Bobbey agar membuat laporan polis jika benar-benar mahu membasmi kemiskinan kerana Bobbey mempunyai locus-standi untuk berbuat demikian disebabkan kes ini berlaku di kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, Zainuddin mendesak agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil turut meletakkan jawatan sekiranya beliau turut bersubahat dengan penyelewengan ini sehingga menyebabkan rakyat yang benar-benar berhak tercicir daripada senarai penerima; malah yang tidak layak pula tersenarai.

Pelaksanaan 1Azam kata Zainuddin dibuat secara membuta tuli untuk mengukuhkan kedudukan BN di Sabah sedangkan mekanismenya berterabur dan tidak kemaskini kerana melalui Pejabat Pos. Semua sedia maklum bahawa pejabat pos di luar bandar tidak mempunyai lebihan tunai untuk menunaikan elaun berkenaan.

“Kenapa tidak salurkan melalui Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian atau Bank Rakyat yang boleh turun padang untuk membuka akaun dan menunaikan elaun 1Azam bagi membantu masyarakat miskin tegar keluar daripada kemiskinan yang merantai mereka selama ini?,” tanya Zainuddin.

Menurut Zainuddin, Projek 1AZAM yang diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM750 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2000 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah melalui 4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti iaitu Penempatan pekerjaan, Perniagaan kecil-kecilan, Penyediaan perkhidmatan dan Pertanian

Namun kata Zainuddin, hasrat untuk menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin meningkatkan pendapatan isirumah mereka sehingga keluar dari garis kemiskinan dengan meraih pendapatan melebihi RM2000 sebulan, iaitu melepasi garis kemiskinan Negara tidak mungkin tercapai dengan pelaksanaan yang penuh dengan penyelewengan.

“Usaha untuk memperkasa kumpulan miskin tegar dan miskin agar dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung sehingga bebas daripada bantuan kewangan secara langsung daripada kerajaan, hanyalah omongan kosong kerana pelaksanaannya seperti meludah ke langit,” ujar Zainuddin yang menggesa penilaian semula Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA).

Walaupun secara keseluruhannya, kata Zainuddin, inisiatif 1AZAM untuk menumpukan usaha membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing, namun cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia hanya omongan kosong.

“Gagasan NKRA melalui 1Azam agar bakal pekerja di Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM750 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa mahir, tidak mungkin dicapai dalam keadaan Kerajaan 1Malaysia lebih banyak membazir wang rakyat dalam keadaan ekonomi menguncup disebabkan hutang negara yang meningkat secara mendadak,” kata Zainuddin yang meminta agar semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjalankan kajian terhadap pelaksanaan 1Azam yang penuh skandal dan dicemari gejala rasuah.

38 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Perkara ini harus disiasat sebaik mungkin. Cari dalang yang berani mengambil kesempatan terhadap 1 Azam yang bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukannya.

Tanpa Nama berkata...

hal ni perlu disiasat, mengabil kesempatan dari program ini untuk kepentingan sendiri adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Logop berkata...

An immediate investigation definitely should be conduct!

Logop berkata...

Hopefully through this investigation, we will able to know the culprit behind all this.

Tanpa Nama berkata...

pekara ini perlu disiasat bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Benar, siasatan perlu untuk memastikan apa yang sebenarnya dalam 1 Azam ini.

Tanpa Nama berkata...

program 1Azam adalah amat baik bagi membantu rakyat. namun perlaksanaannya perlulah dilakukan dengan lebih baik lagi agar matlamat yang diharapkan dapat dicapai.

Unknown berkata...

Seharusnya orang yang benar-benar layak saja yang patut menerima 1 Azam ini. Tapi kenapa perkara ini berlaku.

Hosie Masie berkata...

SPRM tidak boleh duduk diam lagi. Bertindaklah berikan kepercayaan terhadap SPRM bahawa mereka pasti boleh bertindak dan menyelesaikan masalah ini.

evan medhousky berkata...

diawal program ini dumumkan, telah ada pihak yang mempertikaikan keberkesanan serta ketelusan program ini. sepatutnya dengan berpandukan rasa kebimbangan itu, pihak kementerian telah bersedia dan menyusun atur langkah2 bagi memastikan kebimbangan itu tidak menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

SPRM tidak tegaskah dalam menangani isu rasuah?

evan medhousky berkata...

kementerian sendiri sepatutnya perlu turun padang menyaksikan keberkesanan program yang dianjurkan. bukan menyerahkan bulat2 peruntukan kepada agensi yang ditauliahkan.. siasat perkara ini dan kembalikan apa yang sepatutnya menjadi milik rakyat miskin.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya ada pihak yang mengambil kesempatan program 1Azam ini untuk kepentingan sendiri..

Tanpa Nama berkata...

mengapa terdapat mereka yang tidak layak tetapi menerima program 1Azam ini? padahal mereka yang layak tidak mendapatnya malah tidak disenaraikan sebagai penerima yang layak..adakah pihak2 bertanggungjawab berkenaan di bawah program ini melakukan tugas mereka dengan tulus? apa pula respon dari menteri berkenaan?

Tanpa Nama berkata...

pendedahan ini menunjukkan bahawa penyelewengan dan rasuah berlaku..oleh pihak SPRM dan pihak2 berkenaan harus menjalankan siasatan yang terperinci..

Tanpa Nama berkata...

tanpa pemantauan dan pemeriksaan dari pihak berkuasa, maka penyelewengan mudah dilakukan..program2 seperti 1Azam ini seharusnya dipantau dan dipastikan ianya dilakukan dengan betul dan dilaksanakan secara tulus..

Tanpa Nama berkata...

sesuatu rancangan/program harus dirancang dengan teliti..dan juga harus sentiasa diikuti perkembangannya sebaik dilaksanakan..mengharapkan laporan sahaja tidak cukup..pihak2 berkenaan seperti wakil2 rakyat harus turun padang untuk mendekati rakyat..lihat sama ada mereka yang layak mendapat bantuan program 1Azam atau tidak...akibat tiada pemantauan dari pihak berkuasa maka penyelewengan berlaku..

Tanpa Nama berkata...

apa pun diharap SPRM akan melakukan tugas mereka dengan telus dan amanah..tiada yang terkecuali..juga diharap tiada penyalahgunaan kuasa berlaku sepanjang siasatan dilakukan..

Tanpa Nama berkata...

Siasat perkara ini secepat mungkin dan buatlah apa yang patut.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilengahkan lagi kerana saya yakin hal ini akan bertambah teruk jika xda penjelasan dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun setiap yang berlaku tu pasti ada sebabnya, namun hal yang dipolitikkan agak sukar utk diredakan..

Tanpa Nama berkata...

Jadi terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian :)

Tanpa Nama berkata...

Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Semoga apa yang dihajati akan terkabul.

Nemia berkata...

I think there must be any misunderstanding going on.

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran pasti akan muncul.

wake berkata...

Whatcha waiting for? Lets get started.

Ezef berkata...

Shahrizat may need to say something.

elia berkata...

Adakah perbuatan ini adalah salah satu punca kepada kadar kemiskinan di Sabah semakin meningkat???

Tanpa Nama berkata...

Pihak yang tidak layak menerima bantuan bukan saja dikutuk malah lebih baik diambil tindakan undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

Manusia yang tidak tahu erti malu. Merampas bantuan yang sepatutnya disalur kepada golongan malang.

Unknown berkata...

Siasat habis-habisan kes ini dan ambil tindakan terhadap pihak yang menyalahguna kuasa supaya pekara ini tidak berlaku lagi pada masa depan.

Tanpa Nama berkata...

Perkara ini mesti disiasat dan diharapkan dalang disebalik kes ini akan dijatuhkan hukuman yang berat.

Tanpa Nama berkata...

1 Azam ini ditubuhkan untuk membantu rakyat yang memerlukannya. Tapi ada orang yang tidak beretika mengambil kesempatan terhadap 1 Azam ini.

Tanpa Nama berkata...

Keadaan ini amat menyesalkan. Orang yang tidak layak dapat bantuan menyeleweng supaya dapat duit kecil itu.

Tanpa Nama berkata...

Manusia keji yang mengambil kesempatan menipu wang yang sepatutnya disalurkan kepada golongan yang malang.

Unknown berkata...

1 Azam telah diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mengaut keuntungan.