| PETALING JAYA -Ketua Oposisi menuduh firma pelobi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide terlalu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga boleh menyebabkan beliau serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Malah Anwar mendakwa Apco telah berbohong dalam surat penjelasannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dakwaan kaitan konsep 1Malaysia dengan One Israel yang kedua-duanya diilhamkan oleh firma yang mempunyai pangkalan di negara Zionis itu.
“Mereka telah berbohong sebelum ini dengan mengatakan mereka tidak ada kaitan dengan rejim Israel. Di dalam surat kepada jawatankuasa hak dan kebebasan mereka mendakwa dihalang daripada memberi keterangan dan ini adalah satu pembohongan.
“Saya telah dituduh menjadi agen Yahudi jadi saya terpaksa membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN lah yang sebenarnya mempunyai perjanjian dengan sebuah syarikat yang berpejabat di Israel dan mereka bukan sahaja menjalankan operasi perniagaan beiasa tetapi mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Shin Bet,” tegas Anwar.
Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana pagi tadi beliau menegaskan sehingga kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menafikan peranan besar Apco dalam menasihati berkaitan aspek strategik dan sensitif komunikasi kerajaan Malaysia.
"Operasi mereka sebelum itu dikenali sebagai Mind Team Sd Bhd. Laporan Malaysian Insider mengatakan Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib tapi Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kaitan rejim Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi tapi mereka sendiri meterai perjanjian dengan Apco.
"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.
"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri," kata Anwar.
Turut hadir dalam sidang media itu termasuk tiga ahli parlimen terbabit - Azmin Ali, R Sivarasa dan Karpal Singh.
Berhubung tindakan pengantungan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan ke atas Azmin yang dituduh membocorkan surat Apco kepada jawatankuasa adalah palsu malah dimanipulasi sebagai alasan untuk menghukum beliau.
"Dia (Azmin) tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.
"Mereka dakwa sebagai perunding komunikasi bebas tetapi mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Saya mahu mereka hentikan kempen poltik kotor ini. Apco jangan bersekongkol dengan Umno dan mempertahankan rejim yang rasuah? Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," tegas Anwar lagi.
Beliau amat kesal dengan sikap berat sebelah Pandikar yang memihak kepada Umno-BN dengan mengenakkan hukum gantung tanpa diberi peluang membela diri.
|
22 ulasan:
sebenarnya isu APCO ini tidak ada kaitan dengan kuasa Israel atau Yahudi. APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" atau singkatannya APCO. ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. APCO Worldwide pula adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita bagi tujuan khidmat-rundingcara. oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. hanya kerana nama serupa, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan oleh pembangkang semata2 untuk kepentingan politik mereka. APCO juga pernah menafikan bahawa mereka tidak dipengaruhi oleh kuasa Israel dan Yahudi.. semua ini adalah pembohongan semata2..
adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi?.. saya rasa pembangkang juga perlu tampil buat penjelasan...
Harap pihak berkuasa boleh menjelaskan perkara ini.
Rakyat berhak mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai isu ini.
tak perlu nak kaitkan UMNO dgn israel. tuduhan ini tak berasas.
isu ini mungkin sengaja dimainkan dimainkan oleh PR bagi tujuan mendapatkan sokongan.
Sekiranya itu untuk kebaikkan negara tidak ada salahnya. Kita bukan bersubahat untuk merosakkan negara.
apa yang didakwakan oleh PR ini tak mempunyai bukti dan tidak mempunyai asas.
For now, I don't know what to believe. I just hope this matter will be solved.
sebelah pihak cakap lain, sebelah pihak lagi cakap lain...masing2 mahu membuktikan mereka adalah benar..entah boleh percaya atau tidak..
apa pun, lihat saja perkembangan seterusnya isu ini...lebih baik fokus kepada isu2 rakyat seperti kenaikkan harga barangan keperluan asas dan kos hidup yang kian meningkat..
Ada2 ja politik ni bah. huhu
Apapun, harap hal ni dapat diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan semakin teruk.
Sebenarnya tidak ada isu disini...pihak Anuar sengaja memutarbelitkan segala fakta untuk memperlihatkan bahawa Kerajaan la yang menjadi dalang semua ini.
Jika Malaysia lantang menindas kezaliman Israel terhadap Palestin, tidak patut Malaysia mengguna khidmat syarikat Israel.
Apco syarikat milik siapa? Cuba 'google' .
Jangan bertindak 'double standard'.
Kutuk segala kezaliman termasuk boikot perkhimatan mereka.
Penjelasan lanjut mengenai isu ini amat diperlukan.
Saya yakin kebanyakan rakyat masih keliru lagi dengan kes ini.
Henti serta merta guna khidmat Apco. Jangan mengkritik depan di belakang pula mereka mendapat untung dari kita.
Batalkan pekhidmatan Apco. Sudah kita bantah kezaliman zionis kenapa pula memberi keuntungan kepada mereka?
Banyak Apco ini. Lain-lain pula perniagaan mereka.
Catat Ulasan