KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.
Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan.
"Keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata beliau dan AnggotaParlimen lain dari Sabah cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen secara lisandan bertulis.
Bagaimanapun, beliau berkata masa terhad yang diperuntukkan bagi sesi soalan dan jawapan semasa Dewan Rakyat bersidang tidak membenarkan mereka mendapatkan jawapan yang diperlukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Bumburing berkata UPKO akan mengeluarkan satu memorandum menggesa kepada penggantungan segera semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, termasuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan semua K/PMalaysia dan MyKad kepada warga asing.
35 ulasan:
Kementerian Dalam Negeri hendaklah mengambil berat terhadap isu ini.
harap Kementerian Dalam Negeri dapat membuat tindakan yang sesuai dalam pekara ini.
kita tak boleh biarkan pemberian mykad dilakukan dgn sewenang wenangnya.
Pertama sekali, kerajaan perlu menjejak mereka yang diberikan MyKad ini.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan sahaja, tindakan tegas perlu diambil.
kerajaan wajib lakukannya...dan ianya harus disegerakan..
kerajaan tidak harus berdolak-dalik dengan pelbagai alasan lagi kerana hal ini sudah pun jelas dengan buktinya sudah diserahkan.
apa respon dari menteri berkenaan?
kini bukan masa untuk berjanji dsbgnya...kini adalah masa untuk bertindak..apa lagi yang kerajaan tunggu?
diharap kerajaan akan segera membatalkan IC/MyKad yang dikeluarkan melalui cara yang meragukan.
jangan tunggu keadaan bertambah teruk barulah terhegeh-hegeh nak membuat kerja..KDN wajib bertindak sekarang.
jika kerajaan mampu menangani masalah PATI di negeri ini, pasti masalah kemiskinan, pengangguran, serta jenayah juga akand dapat dikurangkan.
jika kerajaan persekutuan tidak mampu bertindak menyelesaikan masalah ini, sekurang2nya berikan kuasa dan peruntukkan tambahan kepada kerajaan negeri untuk menggerakkan semua jentera2 kerajaan di negeri ini untuk menyelesaikan masalah2 yang telah lama menjadi beban kepada rakyat di negeri ini.
isu PATI ini sudah sampai ketahap kritikal dan memerlukan penyelesaian segera. lakukan seperti yang dicadangkan oleh UPKO atau apa sahaja cadangan terbaik yang difikirkan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. semakin lama kerajaan mengabaikan masalah ini semakin hilang la keyakinan rakyat Sabah untuk terus menyokong kerajaan.
ramai pati memiliki mykad dri jln belakang. kita tak boleh biarkan, mykad mereka perlu ditarik balik. ini perlu bagi menjaga kepentingan kita sebagai rakyat malaysia.
Semestinya, batalkan sahaja mana2 yang dipercayai mendapat Mykad dengan cara yang salah.
This is crucial. This issue shouldn't put in rest.
Ini adalah semestinya. Jika tidak, pelarian akan menjadi penduduk tetap tidak sah di Sabah. Harta kita akan ditelan.
This is to ensure our rights are being protected.
Memang patut la dibatalkan kalau meragukan...
Perkara ni patut diberi perhatian sewajarnya sebelum terlambat.. Nanti tambah teruk pula.
Pihak bertanggungjawab harus siasat perkara ni dan pastikan dalangnya dikenakan hukuman setimpal.
Kenal pasti sesiapa yang dpt Mykad melalu cara yang meragukan dan batalkan segera Mykad mereka.
Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.
Tidak cukup setakat membuat pegesaan. Tekanan yang lebih kuat dengan pengarauh politik kenam dilakukan oleh UPKO. Termasuk memberi garis tarikh dan keluar BN.
PBS, PBRS, SAPP,LDP, serta PR harus menyuarakan sokongan terhadap UPKO atas desakan UPKO ini tidak kira apa latar belakang parti masing-masing.
batalkan semua ic projek. kestabilan negara tergugat kerana perubahan struktur kaum yang mendadak terutamanya di Sabah.
peningkatan penduduk Sabah juga dilihat tidak normal pada tahun-tahun yang lalu.
semua angkara ic projek.
Kewarganegaraan yang tidak sah mesti doibatalkan demi memulihkan maruah negara kita.
Projek ic telah menjejaskan kepentingan kaum peribumi Sabah terutamanya kaum KDM.
Kerajaan memang perlu menangani masalah ini secepatnya..
Mykad ini perlu dikawal dengan ketat pengeluarannya. Mereka yang tidak layak harus dibatalkan mykadnya. Semoga tindakkan akan diambil.
Penjelasan dari kementerian dalam negeri perlu untuk menjelaskan semua ini. Mykad hanya layak untuk rakyat malaysia saja.
Fake ICs are serious. We are not living for them.
Illegals are illegals. This is a fact.
Semua rakyat Sabah harus bangkit menyokong tindakan UPKO berkenaan isu ic projek.
Catat Ulasan