Khalid berkata MB hanya perlu meletak jawatan jika usul kewangan ditolak. — gambar fail
“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid kepada pemberita di sini hari ini.
“Hanya klausa yang berkaitan dengan kewangan (yang memerlukan letak jawatan). Di Selangor, jika anda tidak dapat meluluskan bajet, maka anda (MB) kena letak jawatan,” kata beliau lagi.
Semalam Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri berkata, seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam sidang Dewan Undangan Negeri patut meletak jawatan.
Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.
“Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya.
Selangor, yang mengadakan sidang khas kelmarin, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.
Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Khalid, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
1 ulasan:
Aku memang sokong tak payah dilayan karenah orang yang ' gila '. Biarkan dia melalak sana sini.
Orang yang bercakap tu bukan waras sangat fikiran dia. Apa yang dituduh, UMNO dan buat dulu !
Catat Ulasan