BERNAMA
Laporan di www.johordt.gov.my itu menyebut daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 19,441 orang membabitkan 4,791 keluarga, diikuti Kluang (9,239 orang daripada 2,449 keluarga).
Portal itu juga melaporkan seramai 2,736 mangsa daripada 731 keluarga dipindahkan di Johor Baharu, 2,445 orang (566 keluarga) di Muar, 2,629 orang (581 keluarga) di Batu Pahat dan 658 orang daripada 150 keluarga di Pontian.
Kota Tinggi pula mencatatkan 2,438 mangsa melibatkan 577 keluarga, Mersing (99 orang daripada 31 keluarga), Ledang (4,312 orang daripada 968 keluarga) dan Kulaijaya merekodkan 1,148 mangsa daripada 260 keluarga.
Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan