HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Februari 2011

Harga Minyak Ron 97 Naik Lagi

Staff Berita Semasa

4795888475 8f84956d29 Harga Minyak Ron 97 Naik Lagi

Sehari selepas pilihanraya DUN Tenang, harga minyak untuk RON 97 naik lagi 1o sen menjadikan harganya sekarang adalah RM 2.50. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Bagi pengguna minyak petrol RON 97, sedikit sebanyak pertambahan ini amat dirasai berbanding pengguna minyak RON 95. Kos perjalanan akan menjadi meningkat bagi setiap liter yang diisi dan digunakan.

Apa yang kami kesalkan adalah, kita tidak dapat melihat secara jelas, apakah mekanisme yang ditentukan oleh kerajaan dalam membuat keputusan bagi menaikkan harga minya ini.Selain dari pengurangan subsidi dan juga mengikut mekanisme harga minya pasaran dunia, kita tidak dijelaskan dengan terperinci bagaimana penentuan harga minyak ini dilakukan.

Alangkah elok sekiranya kerajaan dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai penentuan harga minyak ini.Ini penting agar rakyat lebih faham tentang mengapa dan apakah faktor yang digunakan.Bila tak faham, sebab itu banyak rakyat yang bising-bising setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak.

Wajarkah kita sebagai rakyat, diberikan pengetahuan tentang penetuan mekanisme harga minyak? Kongsi pendapat anda dengan kami.

Tiada ulasan: