HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Februari 2011

Bumbung Langit

SINAR HARIAN ONLINE


HULU SELANGOR - Selepas lebih sebulan menunggu, kesabaran penduduk sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Risiko berdepan pelbagai kemungkinan menjejaskan keselamatan mereka, 52 penghuni Blok H, Pangsapuri Seri Cempaka, Bukit Sentosa mula bersuara mempersoalkan sikap prihatin Kerajaan Negeri.

Membiarkan bumbung blok yang rosak diterbangkan ribut 13 Januari lalu terbiar tanpa dibaik pulih, keselamatan penghuni yang terdedah kepada kecelakaan berikutan struktur bumbung dan serpihan kayu yang terbiar akibat kejadian tersebut tidak dibaiki dan dibersihkan.

Menyedihkan lagi, apabila wakil penduduk yang ditemui beberapa wakil Kerajaan Negeri mendakwa, tiada keputusan jelas diambil pihak terbabit dalam membantu mangsa sebaliknya kepayahan sedia ada dirumitkan lagi dengan timbulnya cadangan agar masalah itu diselesaikan menerusi gerakan mengumpul dana kalangan mangsa untuk digunakan bagi membaiki segala kerosakan yang dialami.

Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Mohamad Zainuddin Yeob ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila wakil Exco Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah mengemukakan cadangan tersebut sebagai usaha terbaik menyelesaikan masalah lebih sebulan ditanggung 52 keluarga terbabit.

“Cadangan ini jelas tidak munasabah dan kerana ia akan membebankan lagi penduduk yang kini terpaksa menanggung kerugian kerosakan harta benda kesan bencana tersebut.

“Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai dana khas untuk bencana dan sepatutnya bertindak segera menyelesaikan masalah sebegini,” katanya.

Tiada ulasan: