Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Gelombang kedua membantah penswastaan saman ekor akan dilancarkan pada 12 Februari ini di Stadium Bangi dan akan dirasmikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran itu akan diikuti dengan program jelajah Kase ke seluruh negara bagi bertemu dengan pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan. "Pelancaran ini sebagai pelancaran gelombang kedua Kase dan kita akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan 15 juta pemilik kenderaan yang disaman melalui saman ekor. "Kita harap gelombang kedua ini boleh jadi gelombang baru untuk rakyat menolak kerajaan BNyang korup," kata beliau ketika ditemui selepas mengedarkan risalah bantah saman ekor di Plaza Tol Sungai Besi, petang tadi. Menurutnya sebanyak 100,000 ribu risalah dicetak untuk diedarkan ke seluruh negara dan bagi kawasan Lembah Klang, edaran bermula hari ini di beberapa plaza tol utama berikutan ramai yang menggunakan lebuh raya untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina Khamis ini. "Kita edar risalah hari ini sempena tahun baru cina kerana banyak orang menggunakan lebuh raya. Di Seremban pun ada program yang sama, di sini kita edar di plaza tol Serdang, Gombak dan Sungai Buluh dan akan diteruskan esok dan lusa,“ katanya. Naib Presiden PAS itu sekali lagi mengulangi desakan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan menghapuskan semua saman ekor yang lama yang tidak boleh dikuatkuasakan melalui Akta Pengakutan Jalan 1987 dan memulakan dengan proses penguatkuasaan yang baru melalui Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini. Kase juga tegasnya menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat. "Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas. Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap lima juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan. "Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara. Tambah Mahfuz lagi, pihaknya kesal dengan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengadakan perbincangan dengan Kase berhubung perkara itu. "Malangnya pada 17 haribulan lalu kami minta untuk bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin (Hussein) tapi kami tidak menerima apa-apa respon. Kami berasa sangat kecewa kerana sebagai sebuah kementaerian langsung tidak memberi maklumbalas samaada bersetuju atau tidak untuk mengadakan pertemuan, diam begitu sahaja. "Sekali lagi kami berharap perbincangan ini harus dibuat khususnya dalam penguatkuasaan AES yang kami anggap penswastaan saman ekor," katanya. Turut bersama beliau ahli jawatankuasa Kase, Mohamad Taufek Abdul Ghani yang juga Adun Paroi. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 2 Februari 2011
Gelombang kedua Kase bermula hari ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan