Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid syarikat konglomerat terbabit terlibat dengan kerugian berbilion ringgit dan para pegawainya juga turut terlibat dalam kesalahan rasuah.
"Pemilihan itu tidak menampakkan kesungguhan, keduanya seolah-olah sudah tiada syarikat lain yang begitu menjamin kesempurnaan urus tadbir dengan baik, yang ketiga, Sime Darby mempunyai masalah kewangan dengan kedudukan ekonomi dan pendapatan merosot di luar jangkaan, jadi kriteria apa yang dipilih Sime Darby ni?" katanya.
Menurut Abdullah, terdapat banyak syarikat lain yang lebih terjamin kedudukan kewangannya berbanding Sime Darby yang mempunyai kontroversi yang belum diselesaikan oleh mereka.
"Manakala benda yang sama, terdapat syarikat yang lain di luar sana, kehebatan yang sudah menjamin keselesaan atau berani untuk memastikan bahawa kecenderungan untuk membangunkan hab pendidikan itu dapat diberikan keyakinan," katanya.
Beliau turut menegaskan Sime Darby harus menyelesaikan masalah dalaman dan urusan pentadbiran mereka yang kian meruncing sebelum membuat persetujuan dan berbincang bersama kerajaan negeri Johor berkenaan projek terbabit.
Disamping itu, Abdullah menyifatkan pemilihan Pagoh adalah disebabkan kepentingan Timbala Perdana Menteri dalam membangunkan kawasan mereka sekaligus tidak mencermikan kredibiliti mereka yang dianggap mewakili negara dan bukan tempat-tempat tertentu.
"Itulah budaya Umno. Umno ini kalau menteri itu datang daripada daerah parlimen kawasan itu, dia akan bangunkan kawasan itu tapi sedangkan dia mewakili seluruh rakyat Malaysia, dia tidak mewakili Pagoh semata-mata, Pagoh itu atas tiket kemenangan dia tapi tanggungjawab dia pada seluruh negara," katanya.
Sebelum ini Sime Darby Bhd bersetuju untuk membangunkan tanah seluas 1,618.74 hektar di Pagoh untuk dijadikan hab pendidikan di utara negeri ini.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Datuk Mohd Bakke Salleh semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan