HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Februari 2011

‘Sultan Sulu’ henti jadi ahli Umno

TERKINI
BERNAMA

KOTA KINABALU — Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang menjadi tumpuan kontroversi selepas dinamakan sebagai ‘Sultan Sulu’ baru-baru ini, hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan serta-merta.

Katanya, surat peletakan jawatan sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat Umno dengan satu salinan dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.

Mohd Akjan berkata, keputusan itu akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keanggotaannya dalam Umno sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

“Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini,” katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Mohd Akjan berkata beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis ‘pertabalan sebenar’ diadakan.

18 ulasan:

tombolo berkata...

sesuai sgtlah dia berhenti dari menjadi ahli UMNO, selepas ni nk berhenti dari jadi warganegera Malaysia pula.

Jason berkata...

Baguslah tue dia henti jadi ahli Umno.

songkilou berkata...

Itu yang terbaik. Jika beliau mash lagi ahli Umno, itu hanya akan mencemar imej umno.

Mohd Ishak berkata...

diharapkan tindakan tegas akan dikenakan terhadapnya.

zam berkata...

memang wajar Akjan meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.

tombolo berkata...

ramai yang inginkan tindakan undang2 diambil terhadap akjan.

Tanpa Nama berkata...

konon sekadar majlis kesyukuran. tapi persoalannya kenapa beliau menerima jawatan itu? bukan kah ini menggambarkan majlis itu sememangnya merujuk kepada pertabalan, bukannya majlis kesyukuran.

Tanpa Nama berkata...

dengan tindakan keluar umno bagi menyelamatkan parti itu serta kononnya beliau berjaya membuatkan kesultanan sulu menggugurkan tuntutan terhadap Sabah, bagi saya beliau sekadar mengambil hati pemimpin dan penduduk sabah supaya memaafkan serta merestui tindakannya yang jelas2 membelakangkan undang2 negara ini.

Tanpa Nama berkata...

kita tidak tahu apa yang telah mereka bincangkan atau apa perjanjian yang telah dicapai dalam 'majlis kesyukuran' tersebut. semua itu perlu disiasat kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Sanih Alias berkata...

Apa pun buatlah keputusan yang terbaik untuk parti. Jangan sampai memudaratkan parti sendiri kelak.

Hamdan Hadillah berkata...

Kerana kesilapan sendiri Ajan keluar dari UMNO. Kerana jika Akjan kekal di parti UMNO sudah pasti pihak lain akan buruk sangka dengan UMNO memelihara Sultan Sulu.

Paquin berkata...

Bagus jugalah kalau dia keluar dari umno. Merosakkan nama parti saja. huhu

Paquin berkata...

Kes ini patut diberi perhatian serius dan tindakan tegas harus dikenakan.

Paquin berkata...

"Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah. Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu..."

Kenyataannya ni nampak macam dia hero tapi kalau tak silap komennya di FB nampak sebaliknya. huhuhu

Paquin berkata...

Kalau netul hanya majlis kesyukuran kenapa terlalu awal mengaku diri tu dah ditabalkan jadi sultan???

Paquin berkata...

Apapun, hukuman setimpal harus dikenakan dan bukannya hanya membiarkan kes ini begitu saja.. Setakat keluar parti, rasanya belum cukup tu. hehe

onong berkata...

Hal ini akan selesai dengan sedia kala juga.

Nemia berkata...

I guess this is the best answer after all.