SAYA Mukrim @ Boy Nasrulllah, wakil 300 keluarga mangsa kebakaran yang ditindas oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan dengan melantik syarikat swasta bagi menyalurkan bekalan elektrik ke penempatan kami di Kiamsam, Labuan.
Perlantikan syarikat swasta ini menyebabkan tarif elektrik yang dikenakan meningkat kepada 100%. Akibat kenaikan tarif elektrik ini, kami tidak mampu lagi membiayai bil elektrik setiap bulan yang jumlahnya mencecah puluhan ribu ringgit dan tidak lagi menerima bekalan elektrik sejak pertengahan Januari lalu sehingga telah menjejaskan persekolahan anak-anak kami.
Kami yang merupakan mangsa kebakaran di kampung Muslim W.P. Labuan pada 14 Mei 2009, iaitu sebuah penempatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), merayu MKN agar dapat menimbang untuk menarik balik pelantikan syarikat swasta, C3 Power (M) Sdn Bhd.
Apa yang menyebabkan ketidakpuasan hati kami adalah kenaikan bil elektrik bulanan berikutan ‘caj yang dikenakan untuk setiap barangan elektrik’ dan bukan berdasarkan penggunaan.
Caj elektrik untuk setiap barangan seperti radio adalah RM11 setiap bulan, telefon rumah (RM11), pengecas telefon bimbit (RM11), lampu (RM16), kipas (RM16), mesin cuci (RM26), pemasak nasi (RM41), televisyen (RM30), astro (RM21), peti sejuk (RM36) dan lain-lain dengan kadar yang tidak munasabah.
Saya harap Sabahkini dapat membantu kami membongkar penindasan ini.
17 ulasan:
Harap penyiasatan dijalankan ke atas syarikat pembekal elektrik ini untuk mengetahui lebih mendalam mengapa mereka mengenakan caj setinggi itu kepada penduduk di Kiansam.
pekara ini perlu diberikan perhatian. caj yang dikenakan adalah tinggi...
kalau terdesak pun mahu mengaut keuntungan, biarlah berpada2. ingatlah kesusahan orang lain. sudah dua kali isu ini didedahkan kepada media. kenapa sehingga hari ini pihak yang berkenaan masih tidak mengambil sebarang tindakan?
sebaiknya caj diberikan ini dikaji semula kerana ia adalah terlalu tinggi.
jika ada sebab2 tertentu yang memaksa pihak MKN memilih kaedah itu atau tiada cara lain untuk meminimumkan kos elektrik di kampung itu, sekurang2nya pihak MKN tampil buat penjelasan supaya tidak ada pihak yang salah paham atau membuat sebarang spekulasi negatif.
Penjelasan harus diberi kpd penduduk Kiansam.
Caj yang begitu mahal dikenakan kepada pedudukn mangsa kebakaran ini. Harap pihak yang melantik syarikat ini harus memberikan penjelasan.
Ini lebih membebankan penduduk tersebut. Syarikat yang diberikan hanya mengaut keuntungan berlebihan. Pastikan syarikat ini diambil tindakkan.
bukan berdasarkan pengunaan? itu mmg tidak adil! kalau saya pun mmg marah!
tidak boleh lah macam tu, perkara ini patut dijelaskan. buat laporan kepada actionline di akhbar2 tempatan.
Punya kesian.. Kenapalah hal sebegini berlaku pada orang yang susah. huhu
Pihak yang berkenaan harus tampil memberi penjelasan berhubung hal ini.
Memang betul, setiap yang berlaku ada sebabnya namun jika tarif yang ditetapkan tidak munasabah, saya yakin ramai yang tidak akan berpuas hati juga.
Kalau boleh kemukakan juga hal ni pada akhbar tempata supaya hal ni samapi ke pengetahuan pihak yang berkaitan.
Harap2 akan ada cara terbaik utk menanggani perkara ini.
Perkara ini sehingga ke hari ini masih saya uruskan. Harap ada jalan penyelesaian terbaik.
Catat Ulasan