HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Julai 2011

30 peratus kuota hina wanita – Zuraida

Oleh: Nabiha Hamid


KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ‘masih primitif’ dan tidak memahami tuntutan wanita dalam negara.

Zuraida mengulas kenyataan Shahrizat semalam ketika berucap di Konvensyen Persidangan Wanita 2011 di Putrajaya dengan mengumumkan polisi baru kerajaan memperuntukkan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor korporat.

“Perbandingkan dasar 30 peratus ini dengan agihan kebajikan juga seolah menghina keupayaan golongan pekerja wanita di negara ini,”

” Sasaran kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah korporat bukanlah sesuatu yang baru, malah satu langkah yang terkebelakang sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, penilaian merit sudah menjadi budaya korporat dalam mengukur dan mengetengahkan pencapaian seseorang pekerja, tidak kira lelaki mahupun wanita.

Malah, kerajaan sendiri juga gagal melaksanakan apa yang dimeterai sewaktu Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di setiap peringkat walaupun telah ditandatangi hampir 15 tahun.

“Sasaran kerajaan ini bukan sahaja tidak memajukan pekerja wanita di sektor awam, tetapi merencatkan penglibatan wanita dalam korporat juga,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

Justeru katanya, kerajaan perlu mengregulasikan akta berkenaan perkara itu agar ia mampu memberikan manfaat yang menyeluruh kepada semua pekerja wanita dan tidak hanya sektor korporat semata-mata.

Tiada ulasan: