Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mendakwa kerajaan Malaysia tidak bersunggguh-sungguh menangani isu pencabulan hak asasi manusia yang semakin serius ketika ini. Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, ianya terbukti apabila Malaysia masih belum menandatangani konvensyen anti penyeksaan (The United Nations Convention againts Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment atau CAT. Sedangkan katanya sebanyak 146 negara yang berdaftar sebagai ahli majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menandatanganinya. "Kalau tengok keadaan yang berlaku ketika ini, kerajaan BN seolah-olah masih mengiktiraf penggunaan kekerasan kepada para tahanan dan iktiraf pencabulan hak asasi kepada rakyat Malaysia iaitu menjalankan siasatan secara memaksa dan melampau. "Contoh kes Teoh Beng Hock yang didera emosinya sehingga diputuskan membunuh diri walaupun kita belum tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada Teoh," kata beliau ketika ditemui di pelancaran buku laporan tahunan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di sebuah hotel dekat sini semalam. Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 2 kematian berlaku dalam tahanan polis, bagaimanapun tidak ada laporan rasmi diberikan kepada Suaram. Namun kerajaan mengumumkan di persidangan pertama penggal ketiga Dewan Rakyat bahawa tujuh kematian berlaku dalam tahanan pada 2009 dan 66 kematian berlaku dari tahun 2005 hingga April 2010. Menyentuh mengenai tahanan tanpa bicara, laporan Suaram mendedahkan bahawa tahanan mengikut Ordinan Darurat (EO) meningkat sehingga 400 peratus sejak 10 tahun yang lalu. Sebagai perbandingan, 25 orang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2010 dan jumlah yang ditahan itu tetap sama sehingga akhir tahun berkenaan. Menurut laporan itu, sejumlah 3,701 orang ditahan mengikut EO antara 2000 dan 2009 manakala 819 orang masih ditahan sehingga Februari 2010. Pada 2010 sahaja seramai 24 ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting. Athirah turut berkata, laporan peningkatan pencabulan hak asasi manusia itu membuktikan bahawa Malaysia memerlukan "reformasi politik" untuk menukar kerajaan ke arah yang lebih baik. "Dari setahun ke setahun tahap pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh kerajaan sendiri semakin parah dan memerlukan reformasi politik. Ubah kepimpinan negara untuk kita mengangkat pemimpin-pemimpin politik yang boleh menghormati bukan sahaja hak asasi manusia tapi juga boleh menghormati hak seorang manusia," katanya. PAS katanya mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pencabulan hak asasi manusia ini termasuk kezaliman yang dilakuakn kerajaan terhadap rakyat. "PAS dan DMPP melihat bahawa kita tidak membicarakan soal hak asasi manusia itu dalam kerangka yang difahami oleh orang barat tapi kita mengambil intipati hak asasi dalam kerangka keadilan manusia yang ditetapkan Allah, dan bagi yang bukan Islam untuk mengamalkan hak asasi mereka. "PAS sendiri mengangkat perkara ini dan adalah tanggungjawab kita semua untuk menterjemahkan maklumat buku ini ke bawah supaya rakyat di bawah jelas apa yang berlaku," katanya. "Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Nahar Md Nor berkata, laporan tahunan Suaram ini perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat khususnya pihak kerajaan, parti-parti politik dan NGO untuk dibincangkan dan mencari penyelesaiannya. "Kita dapati dalam laporan ini, kes polis menembak mati orang yang disyaki bersalah semakin menjadi-jadi walaupun belum betul-betul didapati bersalah.Seoalh-olah ini perkara bisa bagi polis. "Jadi laporan ini perlu diedarkan dan diteliti oleh ahli politik untuk dibahaskan di Parliemn dan NGO pun perlu memainkan peranan mereka," katanya. Selain Pengarah Suaram, Kua Kia Soong turut bercakap pada majlis yang dihadiri kira-kira 50 wakil aktivis hak asasi manusia termasuk dari luar negara ia;ah pegawai eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ) Masjaliza Hamzah, peguam K. Arumugam. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 28 Julai 2011
Negara tak serius tangani pencabulan hak asasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan