HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Julai 2011

Ambiga-Wan Ahmad Bersemuka Lagi Esok

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Menurut Malaysiakini, ahli jawatankuaasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria sendiri memaklumkan bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam (kelmarin)," katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam pada Selasa anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.

Tiada ulasan: