Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: “Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. “Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya. Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah. Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih. “Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya. Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih. Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya. “Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi. Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi. Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka. “Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 29 Julai 2011
Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan