HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Julai 2011

Kerajaan PR bagi RM100 UMNO / BN bising, Kerajaan UMNO / BN langsung tak bagi


Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

SM tertarik dengan kata-kata Tok Najib memanda UMNO APCO yang mempersendakan bantuan RM100 oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat. Tok Najib mengibaratkan hebahan bantuan tu umpama ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
SM nak bagitau..memang kita nak hebah dan canang kepada umum agar mereka tahu apa yang Pakatan Rakyat untuk rakyat negerinya. Sebab kita tak dapat lihat dalam TV atau dengar dari radio perkara yang elok-elok dan baik-baik yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kepada negerinya melainkan yang tidak elok dan direka-reka.
Sebenarnya Tok Najib dan sekutu-sekutu UMNO APCO terasa tergugat sebab selama mereka memerintah mereka gagal nak hadiahkan wang tunai kepada rakyat seperti yang Pakatan Rakyat buat. Di Kedah misalannya..memang kita bagi sumbangan RM100 kepada guru-guru agama kampung dan bidan-bidan, bagi UMNO APCO dia nampak kecil RM100 tu…tapi dia lupa sepanjang pemerintahan mereka….mereka tak pernah bagi…jangan kata RM100 …RM50 pun tak ada. Begitu juga apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang boleh bagi bantuan kepada warga tua. Mereka tak pernah buat..kalau bagi pun hanya berkisar kepada anak beradik, adik beradik, sepupu sepapat…kaum keluarga JKKK mereka sahaja.
Kenapa nak banding sumbangan BN/UMNO APCO kepada rakyat yang berbilion-bilion (kononnya)..apa layak sebuah negara nak dibandingkan dengan sebuah negeri?...Ibarat seorang budak nakal 14 tahun yang bertubuh besar nak bergusti dengan seorang kanak-kanak kecil berumur 4 tahun.
Tak payah nak butar belit rakyat nak cerita kegagahan hampa…memang sepatutnya hampa bantu rakyat kesemua negeri termasuk negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana negeri-negeri tersebut berada dalam Malaysia.
Dan janganlah hampa wahai UMNO APCO nak tunjuk hampalah pemerintah yang perihatin kepada rakyat. Check kehidupan hampa dengan kehidupan rakyat miskin dikampung-kampung. SM kadang-kadang rasa sedih bila menjelang hari raya..ramailah yang berkunjung ke pekan-pekan untuk keperluan menyambut hari lebaran..antara yang ramai-ramai..adalah 3-4 keluarga pilih kain-kain yang berharga murah ( kain-kain tersebut sesuai untuk dibuat langsir dan tidak sesuai dibuat baju) untuk dijadikan pakaian anak-anak mereka menyambut hari raya. Kalau sambutan setahun sekali pun hanya itu sahaja yang mampu disediakan apatah lagi perbelanjaan harian.
Sedangkan pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin negara bersenang lenang menghabiskan duit rakyat..berbelanja untuk diri sendiri..hidup mewah bagaikan raja. Harga beg tangan, kasut, baju dan lain-lainnya boleh menampung beribu-ribu rakyat miskin. Belum lagi kita lihat rumah-rumah mereka..kalau dah bayaran elektrik boleh mencecah ribuan ringgit sebulan,,bayangkan betapa besar dan luasnya kediaman mereka, betapa canggih dan mewahnya alat-alat elektrik yang digunakan, bandingkan orang-orang miskin dikampung-kampung, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Disitulah tidur, disitulah tempat solat, disitulah tempat anak belajar, disitulah tempat menyediakan makanan. Usahkan kata nak guna alatan elektrik yang canggih-canggih..bil elektrik dan air mencecah RM5 pun sudah dikira banyak.
Tapi itulah hakikat kehidupan double standart UMNO APCO yang dihujung bibir sentiasa menyebut rakyat diutamakan.
Tok Najib berkata…Sikap BN sejak dahulu lagi, berjanji dengan berpijak di bumi nyata……….kalau benar itu unggapan hampa..sila masuk kampung..lihat kemiskinan rakyat. Jangan dikriminasi atas nama fahaman politik. Ini tidak…jalan tar hanya untuk penyokong UMNO APCO…. Itulah sikap JKKK hampa yang telah disuntik semangat dan minda mereka hanya berpijak dibumi nyata untuk kaum kerabat.
Kalau benar, hampa perihatin kepada rakyat…sila turunkan harga barang, turunkan harga minyak..turunkan taarif elektrik..beri kemudahan kepada anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke IPTA, mansuhkan PTPTN, naikkan bantuan JKM keangka munasabah sesuai dengan ekonomi sekarang, kaji semula gaji kakitangan kerajaan berpangkat rendah, polis dan tentera, pendidikan percuma 100 peratus untuk pelajar-pelajar sekolah kebangsaan.
Kalau mengaku kerajaan yang adil, sila beri ruang kepada rakyat untuk memberi pandangan tidak kira pakatan rakyat atau sebaliknya. Beri ruang kepada pemimpin-pemimpin parti-parti pakatan rakyat di television dan radio untuk berucap….buat siaran secara langsung sidang parlimen agar rakyat boleh lihat peranan wakil rakyat yang mereka pilih.
Akhirnya SM nak pesanlah pada sekutu-sekutu UMNO APCO ni…kalau hampa tak boleh buat..hampa jangan dok kondem apa yang orang buat. Kalau hampa kata hampa mampu buat..tunggu apa lagi…BUATLAH!Kedah La

Tiada ulasan: