HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Julai 2011

Ustaz Dakwa Di Pejabat Najib Banyak Jin

MSO


SELEPAS Zohor hari minggu (Ahad) kelmarin saya bawa seorang teman untuk menemui seorang ustaz yang berasal dari Pattani, Siam. Ustaz ini ada kebolehan pelik dia dianugerahkan kebolehan mengesan makhluk halus seperti jin dan sebagainya yang menyinggahi diri seseorang.

Ustaz ini yang berketurunan kerabat di raja Pattani juga mampu mengeluarkan jin yang bermukim di dalam tubuh seseorang.

Perubatan atau kaedah dilakukan simple saja, sambil memutar-mutarkan cincin yang diikat dengan tali berwarna hitam dia akan menangkap jin-jin yang keluar dari tubuh orang yang dirasuk jin seekor demi sekor. Saya tenguk dia tangkap jin macam tangkap lalat atau nyamuk yang berterbangan di sekitar dirinya saja. Piut....piat...gelek gelek gelek... dia menggentel-gentel jin yang ditangkapnya.

Cincin itu dijadikan umpan atau mata kail untuk meruntun jin keluar. Apabila jin keluar akan ditangkap dan kemudian digentel-gentelnya. Entah mampus atau tidak walahu'alam sebab cara dia gentel kata orang ambil syarat saja.

Sebelum melakukan aktiviti meruntun jin ustaz terlebih dahulu akan membuat ujian ke atas seseorang itu sama ada ia disinggahi jin atau sebagainya. Dia akan memutarkan cincin yang diikat dengan tali di atas telapak tangan kanan yang dibuka. Dari situ dia akan dapat tahu sama ada seseorang itu ada jin atau tidak. Mulutnya saya tidak nampak dia baca sesuatu, mungkin dibaca dalam perut.

Kebetulan hari Ahad itu ada dua tiga orang yang hendak berubat dengan ustaz ini. Salah seorang pesakit ialah seorang budak lelaki berumur 10 tahun. Dia tidak dapat bercakap dan menurut maknya kadang-kadang menggelepar dan melaung. Kalau di sekolah bila dia agresif dua tiga orang cikgu belum tentu dapat mengawalnya.

Banyak jin yang keluar dari tubuh budak ini. Dalam hitungan saya lebih kurang 30 hingga 40 ekor. Ini berdasarkan kepada tangkapan yang dibuat oleh ustaz berkenaan. Mungkin ada juga tangkapan yang dibuat itu tidak mengena dan jin terlepas dan kembali masuk semula. Maka dia runtun balik untuk membawa keluar jin dari tubuh budak itu.

Menurut bacaan dan firasat ustaz itu budak berkenaan tidak boleh bercakap kerana selama ini jin ganggu kerongkongnya. Jin duduk bertapa dalam perut budak berkenaan dan tersekang di tengkok. Kerana itu ia sudah untuk mengeluarkan suara. Agak anih selepas hampir setengah jam upacara membuang dan menangkap jin itu dilakukan budak berkenaan agak tenang dan boleh tersenyum, di mana menurut maknya sukar untuk dia kelihatan tersenyum.

Saya mengenali ustaz ini secara kebetulan saja. Satu malam dua tahun lepas saya bersama seorang teman yang mengunjungi ke rumah ustaz berkenaan. Saya diajak. Tujuannya bukan untuk berubat tetapi untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan sekolah agama yang dibinanya di Takbai, Siam. Saya tidak pun menguji atau melalui imbasan kerohanian untuk mengetahui apakah dalam diri saya juga ada jin atau tidak.

Saya diminta agar menulis sejarah sekolah berkenaan dan juga keadaannya yang terbengkalai masa itu dengan harapan ada orang-orang kaya mahu menderma bagi membantu menyiapkan sekolah berkenaan.

Beberapa minggu selepas itu saya turun ke Takbai melihat keadaan sekolah agama ustaz ini. Suasananya memang daif sekali dan ia memerlukan bantuan. Muridnya ketika itu lebih 1,000 orang yang datang dari berbagai kampung di sekitar Takbai dan ada dari Pattani, Yala dan juga Songkla.

Menurutnya hasil dari tulisan saya mengenai sekolah berkenaan ada pembaca yang bermurah hati dan mulia menderma untuk sekolah berkenaan beberapa belas ribu ringgit. Alhamdulilah sekolah itu kini hampir siap hasil dari derma orang ramai termasuk derma seorang vvip dari negara ini. Siapa... tunggu baca catatan ini hingga habis.

Pada malam saya temui ustaz itu kebetulan seorang doktor pakar jantung yang mashyur di negara ini ikut sama ada. Doktor ini memang popular. Dia sampai beberapa minit sesudah saya dan teman sampai di rumah persinggahan ustaz berkenaan. Di rumah itulah dia menjalankan upacara perbomohan dan juga membuang hantu dan jin.

Pakar bedah jantung itu bukan main lagi menerangkan akan kehebatan ataupun keistimewaan ustaz berkenaan. Dia sangat kagum dengan kebolehan dan keistimewaan ustaz ini. Dia sendiri banyak menghantar mana-mana patient menemui ustaz berkenaan untuk berubat. Mana-mana patient yang gagal diubati ataupun tidak dapat dikesani penyakitnya dihantar kepada ustaz ini.

Saya terkejut mendengar pengakuan doktor pakar berkenaan kerana selalunya doktor moden sukar untuk mempercayai alam-alam ghaib dan kehebatan seseorang berintraksi dengan mahkluk halus. Bersambung.

Tiada ulasan: