KUANTAN: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) menyatakan rasa kesal dan amat berdukacita di atas sikap yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam menangani isu Lynas yang sarat di rundung kontroversi yang tidak berkesudahan.
Ini dapat di lihat melalui keengganan MB untuk menerima delegasi Badar yang berkunjung bagi menghantar memorandum bantahan di pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang pada Rabu 27 Julai lepas.
“Kita sudah menghantar surat sebanyak dua kali bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Menteri Besar iaitu pada 14 Julai dan hari ini 27 Julai 2011. Surat pertama kami dibalas secara rasmi dengan memaklumkan bahawa Menteri Besar mempunyai jadual yang telah di atur terlebih awal dan meminta agar kami mencadangkan satu tarikh cadangan yang baru.
"Namun apabila kami mencadangkan tarikh baru, kami di maklumkan melalui telefon bahawa tiada pertemuan khusus bagi isu Lynas dan MB akan bertemu dengan orang ramai pada sesi umum selepas hari raya nanti,” jelas Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar yang juga Penasihat Badar.
Justeru, mereka mengambil keputusan untuk mengunjungi juga pejabat Menteri Besar pada tarikh yang di tetapkan di sebabkan oleh beberapa perkembangan terkini berhubung isu Lynas yang memerlukan tindakan segera di buat.
Namun mereka hampa apabila mendapati pejabat MB kosong, cuma yang ada hanya kerani sahaja dan tiada siapa yang sanggup menerima memorandum penduduk Balok.
“Ini jelas menunjukkan sikap tidak rasional Menteri Besar dalam menangani isu ini di mana beliau seharusnya mengarahkan wakilnya menerima kedatangan penduduk dan mendengar luahan hati mereka. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin di sembunyikan oleh beliau dan justeru itu cara terbaik ialah mengelak dari berdepan dengan penduduk," kata beliau kesal.
Bagi beliau, sikap beliau juga jelas bertentangan dengan pendirian Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menerima baik kedatangan Badar dan mengadakan sesi perbincangan dua hala.
Ini seolah-olah mengiayakan lagi pengakuan MITI bahawa kerajaan gagal untuk bersikap telus dengan rakyat berhubung isu Lynas ini namun MITI di katakan telah berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.
"Tetapi sikap Menteri Besar Pahang ini jelas bertentangan dengan pendirian MITI. Adakah ini satu gambaran betapa bercelarunya perjalanan projek ini, tiada penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri?” soal Penasihat Badar itu.
Pihaknya mengharapkan Menteri Besar dapat menyatakan setakat mana kuasa beliau dalam isu ini kerana mereka tahu setiap pelaburan harus melalui Menteri Besar dan yang paling penting adalah yang berkaitan dengan kelulusan tanah.
Kenyataan yang mengatakan projek ini adalah bidang kuasa kerajaan pusat adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab, tambahnya.
"Beliau tidak patut berlepas tangan dan memandang ringan isu ini kerana ianya bukan hanya melibatkan rakyat dan negeri Pahang tetapi melibatkan seluruh negara kerana pengecualian cukai terhadap Lynas selama 12 tahun menyebabkan kantung negara kehilangan hasil yang sepatutnya di nikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya. MPK diarah jangan terima Dalam pada itu Badar turut mengunjungi pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada tengaharinya bagi maksud yang sama dan juga bagi mendapatkan penjelasan lanjut MPK berhubung beberapa kemusykilan yang timbul hasil dari perbincangan dengan MITI tempohari. (Delegasi Badar yang diketuai penasihatnya semasa sidang Media di pejabat MPK)
Walau bagaimanapun delegasi Badar turut di halang untuk bertemu dengan Yang Di Pertua MPK.
Menurut pegawai Perhubungan Awamnya Puan Haslinda, mereka di arahkan untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu Lynas dan ini merupakan arahan dari kerajaan negeri.
Mengulas isu berkenaan, Tuan Haji Zulkefly menyifatkan larangan untuk bertemu dan mendapat penjelasan dari kakitangan awam merupakan gambaran terhadap sikap tidak telus kerajaan negeri.
"Kenapa perlu takut untuk berdepan dengan rakyat seandainya kerajaan dan agensinya berada di pihak yang benar?" tanya beliau.
Badar tegasnya dengan sokongan padu dari Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia akan meneruskan usaha-usaha yang telah di atur dan tetap bertegas bahawa Lynas mesti di hentikan segera. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan