Oleh: WFAUZDIN NS
APA sudah jadi dengan `Ulamak Muda' dalam Umno? Belum kering cop jari di dalam borang keahlian Umno, mereka digelar Pengganas atau Wahabi? Tidak cukupkah jasa mereka `mengipas' pemimpin Umno atau masih kurang lagi hayunan kipas mereka?
Membaca Malaysiakini hari ini, nampaknya Umno sudah berputus arang dengan golongan `ulamak'. Mungkin mereka ini tidak sampai KPI untuk menjadi Ulamak Umno yang sebenarnya. Sememangnya kita lihat Ulamak Muda di dalam Umno tidak mampu untuk membela pemimpin Umno yang semakin tenggelam dengan kemungkaran itu.
Begitu jugalah nasib yang menimpa Us Dr Asri, cuma Us Dr Asri lebih bernasib baik kerana lebih awal terhidu tengitnya bau Umno ini. Bak kata Us Nasruddin, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, beliau mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.
Jika saya di tempat Ulamak Muda di dalam Umno itu, saya sendiri akan pening untuk memikirkan apa sebenarnya yang pemimpin Umno mahu dari golongan Ulamak? Adakah mereka mahu Ulamak Muda ini bercakap bahawa Umno adalah pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W? Atau mereka mahu Ulamak Muda ini berhukum bahawa isteri seseorang pemimpin Islam itu `harus' membuka auratnya kerana yang penting adalah niat yang baik dan mulia seperti mewujudkan Permata?
Us Nasruddin sampai termenung memikirkan betapa jeliknya Umno melayani Ulamak mereka yang dulunya mereka raikan besar-besaran. "Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya. "Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," (Us Nasruddin Tantawi)
Adakah Ulamak Muda ini masih sanggup bersekongkol dengan puak yang sekutu Apco ini? Atau, Ulamak Muda ini akan berani menyeberang bersama saf yang memperjuangkan Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith walaupun mungkin akan mengalami kesusahan dan penderitaan?
Bagi kita yang komited dengan perjuangan ini, tidak kira samada Ulamak Muda ini mahu bersama kita atau tidak, perjuangan mesti diteruskan. Tiada tawaran atau jawatan besar menanti mereka jika mereka ingin bersama kita, cukup sekadar Allah yang membalas segala penat lelah, susah payah kita berjuang. Nampaknya, akhir riwayat Umno semakin hampir apabila golongan agama telah mereka pinggirkan./
wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan