HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Julai 2011

Cuba Serah Surat Kepada PM, 11 Ditahan

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad


KUALA LUMPUR : Sebelas orang termasuk tujuh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis ketika cuba menyerahkan surat kepada Perdana Menteri, Najib Razak.

Setakat ini, kandungan surat itu masih belum diketahui.
Mereka ditahan sekitar jam 3 petang di Stesen Sentral Kuala Lumpur sebaik sahaja Najib tiba, untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang.
Sebelum ditahan, kesemua mereka sempat melaungkan slogan 'reformasi'.
Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar, Sacchinathan dan pembantu Ahli Parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan serta empat orang awam.
Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan surat tersebut kepada Najib.
Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.
Najib juga dilihat sempat melihat Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.
Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.
Sejurus selepas itu, kesemua mereka yang memakai baju kuning, ditahan pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: