KUALA LUMPUR: Setelah berdepan pelbagai keluhan dari rakyat berhubung bebanan kos hidup yang tinggi, terbaru Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pula mahu memerangi kos kehidupan rakyat.
Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat merupakan satu lagi tambahan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.
Bagaimanapun ianya dilihat todak banyak beza dengan apa yang dijanji kerajaan sebelum ini yang sehingga kini masih terus terbeban dengan kos hidup yang terus meningkat.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika diminta mengulas perkara itu berkata, janji terbaru Najib itu seperti biasa hanya sebagai "gula-gula politik" untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya, kenyataan itu sendiri membuktikan bahawa pentadbiran BN yang diterajui Najib masih gagal menjadikan rakyatnya hidup dengan selesa biarpun pelbagai program telah dijanjikan.
Ianya termasuk slogan 1Malaysia-rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, juga gagal dirasai rakyat. . "Najib mengambil langkah ini kerana angin pilihan raya umum 13 telah makin terasa dan makin hampir, maka janji politik yang bersifat gula-gula PRU ini muncul secara tiba-tiba walhal pada hakikatnya beliau (Najib) sebenarnya gagal unruk membela dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan," katanya.
Tambahnya lagi, bebanan yang ditanggung rakyat pada hari ini adalah disebabkan kelemahan pengurusan kerajaan malah ditambah lagi dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa sehingga merugikan wang rakyat berbilion ringgit.
"Sesuatu yang baru cuba dijanjikan kepada rakyat demi untuk terus berkuasa," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Pulih imej selepas Bersih 2.0
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pengumuman Najib itu sebagai "damage control" selepas berdepan dengan kebencian rakyat ekoran tindakan kerajaan dalam menangani peserta himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Sejak himpunan itu jelasnya, kebencian rakyat khususnya anak muda kian membuak sehingga wujudnya pelbagai laman peminat di Facebook yang mahukan perdana menteri itu meletak jawatan.
"Perdana Menteri sekali lagi mahu perbodohkan rakyat serta mahu mengambil semula hati rakyat yang telah membenci kerajaan Umno BN setelah terdedahnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman baru-baru ini," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sejauh mana keberkesanan pentadbiran negara dalam menjaga kebajikan rakyatnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan