HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Julai 2011

Kuala Lumpur Lama-Menyingkap Nostalgia

Staff Berita Semasa


bukit bintang lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Sekarang Kuala Lumpur merupakan ibukota Malaysia. Kalau nak disingkap & semak semula gambar-gambar Kuala Lumpur lama dan dulu-dulu memang kita boleh dapat lihat banyak perubahan yang telah berlaku. Semestinya, Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah dan nostalgia yang tersendiri.

Walaupun ada banyak gambar di bawah ini, ada di antara kami pun pada masa itu belum lahir lagi pun….tapi melihat semula gambar lama Kuala Lumpur dulu-dulu, pastinya telah mengimbau kenangan zaman mak bapak dan nenek moyang kita dahulu semasa tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya gambar di atas, merupakan pemandangan dan gambar bagi Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di sekitar tahun 50 an. Lain bebenor bukan?

Kalau nak tahu, merujuk kepada gambar kat atas yang berpagar cantik itu sebenarnya Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Lama dah. Tapi sekarang ini dah jadi Pavilion.

KL 16 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Ini pula gambar Petaling Street lama.Lengang sahaja waktu ini.Kalau sekarang,nak berjalan pun boleh berlaga bahu.

KL 02 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Walaupun dibina sebelum 1900, tetapi bangunan masih mampu dibina dan terdiri dengan cantiknya. Setuju?

bukit aman (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Gambar pemandangan sekitar Bukit Aman yang lama

jalan tun perak (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Gambar dia atas merupakan gambar Jalan Tun Perak dulu-dulu sekitar tahun 1926. Boleh dilihat keadaan Kuala Lumpur lama, zaman itu lanca merupakan pengangkutan utama di Kuala Lumpur.

masjid jamek (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Gambar Masjid Jamek Kuala Lumpur sekitar tahun 1909

general hospital (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Gambar Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 50 an

dataran merdeka (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Ini satu lagi gambar yang merupakan permandangan Dataran Merdeka lama. Sangat syahdu melihatnya. Siapa orang lama boleh lepak dan bersantai di depan Dataran Merdeka. Sekarang ini?

kuala lumpur lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Beginilah rupanya gambar Kuala Lumpur lama. Lebih tenang, cool, nyaman dan segar. Jauh sangat-sangat berbeza dengan keadaan Kuala Lumpur hari ini.

kuala lumpur 2011 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia

Ini pula gambar Kuala Lumpur kini.Berbezakan? Kongsikan pendapat anda.

P.S. Sesekali mengimbau kenangan dan ketepikan isu politik, elok juga.

Tiada ulasan: