MSO
SAYA puji cadangan dan semangat ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Putrajaya Zaki Zahid yang mencadangkan supaya pembersihan di dalam pilihan raya di negara ini diselesai bersama secara rundingan. Kata Zaki pembersihan itu boleh dilakukan kalau semua pihak boleh duduk sekali. Beliau menarik perhatian, cara untuk melakukan pembersihan - menuntut SPR membuang kekotoran bukan dengan cara berarak di jalanan tetapi duduk di meja rundingan.
Zaki memberi kesediaan untuk berbuat begitu. Sebenarnya semangat dan persefahaman sebeginilah yang diperlukan. Zaki dilaporkan memberi kesanggupan demikian dalam dialog bersama Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi. Seharusnya semangat dan komitmen demikian bukan saja kepada Zaki tetapi seharusnya dipikul oleh ketua Pemuda Umno Malaysia sendiri.
Rasanya tidak ada masalah kalau Nik Nazmi atau pemuda Pas dan DAP untuk mencuba cadangan dan pelawaan Zaki itu. Buat tuntutan menerusi rundingan. Ia boleh dilakukan untuk memberi kepuasan kepada Zaki sendiri. Sebagai mana kata Nik Nazmi perundingan tuntutan secara baik telah pun dilakukan berkali-kali tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Mungkin kerana kekecewaan itulah maka perarakan dijalan terpaksa dilakukan sebagai jalan terakhir. Tetapi jangan mudah prejudis dan putus asa, cadangan Zaki itu boleh diuji sejauh mana ia membawa kejayaan atau sebaliknya.
Baik sangat kalau Nazmi menyanggupi untuk duduk sekali dan mengadakan tuntutan bersama dengan Pemuda Umno itu. Kenapa tidak kalau Zaki sudah menyatakan demikian, sesuatu yang baik... elok ia cuba laksanakan. Kerana tanggungjawab menjamin proses pilihan raya negara ini bersih dan adil bukan saja tanggungjawab oposisi tetapi parti kerajaan juga. Pilihan raya bersih dan adih akan menambahkan nilai integriti negara.
Pelawaan dan ajakan Zaki ini jangan dibiarkan lama. Elok kalau Nik Nazmi terus menyanggupinya. Dalam pada itu juga Nazri atau Pakatan Rakyat boleh menguji apakah pelawaan itu ikhlas dan jujur atau sekadar menanam tebu di bibir saja. Apapun kalau pandangan diluahkan Zaki itu ikhlas diucapkan syabas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan