HALAMAN SANTAI

Ahad, 12 Februari 2012

Akta Perhimpunan Aman Memperkasakan Hak Rakyat Berhimpun, Kata Prof. Zainal

ANTARA POS.COM

Post Pic




SHAH ALAM: Langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan awam, Akta Perhimpunan Aman bertujuan membolehkan rakyat melaksanakan hak mereka yang telah ditetapkan dalam hak asasi manusia dalam perlembagaan. di negara ini untuk berhimpun.

Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling berkata akta itu diperkenalkan kerana kerajaan memang telus untuk menggalakkan demokrasi yang lebih terbuka, lebih bebas.

Namun katanya, kerajaan juga menyedari bahawa tidak semua kebebasan itu sebagai kebebasan mutlak, kebabasan ada batasan dan larangan.

Hal tersebut, tambah beliau lagi telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara.

"Saya ingat tindakan kerajaan mengadakan undang-undang perhimpunan awam ini untuk menggantikan beberapa undang-undang terutama beberapa perkara dalam akta polis, supaya membolehkan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan perkara tertentu. Tetapi menetapkan beberapa ketetapan yang membataskan dan menghadkan, serta melarang golongan tertentu untuk tidak terlibat, serta mengenakan denda tertentu bagi yang melanggar peraturan tertentu. Saya ingat ini tindakan yang baik, kerana secara teratur undang-undang itu memberi suatu hak yang telah ditetapkan dalam hak asasi manusia dalam perlembagaan," katanya kepada Antarapos, di sini, semalam.

Beliau turut berpendapat, bahawa rang undang-undang yang diperkenalkan itu jelas membuktikan kerajaan menjunjung tinggi ruang demokrasi sebagaimana yang dilaungkan selama ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau menyokong penuh tindakan pihak Kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen baru-baru ini.

"Pada pandangan saya kerajaan memang telus untuk menggalakkan demokrasi yang lebih terbuka, lebih bebas. Tetapi dalam pada itu menyedari bahawa tidak semua kebebasan itu sebagai kebebasan mutlak, kebabasan ada batasan dan larangan. Hal ini telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara," tambah beliau lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada 24 November lalu, membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman di Parlimen yang menurutnya. meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Najib berkata, kerajaan akan tentukan kawasan-kawasan di mana orang ramai boleh berhimpun dan kawasan-kawasan terbabit akan ditetapkan.
Menurutnya, ia mengenal pasti kawasan yang ditetapkan dan kawasan-kawasan berkenaan tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang manakala pihak berkuasa seperti polis hanya akan berperanan menyelaraskan sesuatu perhimpunan aman yang diadakan.

Zainal, yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN berkata, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bukan sahaja tertumpu kepada penganjur dan peserta perhimpunan malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Tambahnya lagi, dalam perkara ini rakyat perlu melihat dan menilai keperluan undang-undang yang dibuat adalah semata-mata demi menjaga setiap golongan di negara ini.

"Dalam perkara ini dibataskan dan dihadkan dalam perlembagaan itu sendiri. Maka undang-undang perhimpuann awam ini hanya diatur secara sistematik supaya butir-butir misalnya, kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa ketika tunjuk perasaan itu.

Orang-orang asing tidak dibenarkan menganjur atau teribat dalam tunjuk perasaaan sedemikian. Jadi ditetapkan juga supaya polis mempunyai 'budi bicara' untuk berbincang dengan golongan yang ingin berhimpun supaya mereka berstuju dengan syarat tertentu.

Dengan demikian undang-undang itu menjelaskan apa yang patut dan tidak patut dan menang tidak wajar mengadakan perhimpunan tanpa batas. Kerana itu sudah pasti mengganggu kebebasan awam, mungkin merosakkan harta benda awam. Dan akan ada anggota perhimpunan yang terkeluar kelakuannnya seperti yang ditetapkan," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya menambah undang-undang sedemikian wajar dikuatkuasakan untuk menentukan supaya semua pihak memahami peruntukan undang-undang tersebut bahawa mereka tidak patut melanggar peraturan yang ditetapkani.

Menurutnya lagi, jika mereka ikhlas berhimpun untuk menyatakan sesuatu samaada kepada kerajaan atau masyarakat, maka mereka harus menurut peraturan itu.

Ditanya samada memperkenalkan akta tersebut bakal membuka ruang kepada pembangkang untuk melakukan perhimpunan dan tunjuk perasaan, beliau menjelaskan pelaksanaan Akta Perhimpunan Awam tidak akan menyekat namun menghadkan dan menetapkan beberapa perkara didalamnya.

"Dari segi kerajaan, walaupun ini seolah-olah membuka ruang, tetapi ini sudah menjadi hak asasi dalam perlembagaan untuk berhimpun, berucap dan sebagainya. Maka hak asasi itu semua orang mesti dihormati. Tetapi kita tidak boleh membiarkan mana-mana individu menuntut hak asasinya dengan melupakan bahawa hak asiasi itu juga berkait dengan masyarakat. Begitu juga seseorang individu atau sekumpulan menuntut hak asasi mungkin melibatkan kelompok dan masyarakat lain.
Dengan demikian undang-undang seperti ini memberi penyusunan teratur dan sistemitik bahasa setiap orang mesti ingat apabila kita menuntut hak asasi ini, maka selama-lamanya apa yang kita lakukan akan berkait dengan orang lain. Maka undang-undang mengaturkan suapaya tidak melampau batas," ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: