Kuek Ser Kuang Keng
Menteri Dalam Negeri hari ini mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengusir pulang wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari dengan berkata tindakan itu bagi mengelakkan Malaysia daripada dijadikan sebagai destinasi bersembunyi bagi penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terdapat injunksi mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan pengusiran itu.
"Saya tidak terima apa-apa injunksi. Jika mahkamah memberi injunksi, kita akan patuh," kata Hishammuddin, yang diiringi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Juga tidak ada permintaan dari Interpol seperti yang didakwa sesetengah pihak, cuma ada permintaan dari kerajaan Arab Saudi," katanya.Semalam Hamza, 23, yang ditahan pihak berkuasa negara ini, minggu lalu diusir pulang. Beliau dalam percubaan melarikan diri dari Arab Saudi setelah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam pada Twitternya.
Pengusiran pulang itu menyaksikan bantahan di kalangan NGO tempatan dan juga masyarakat sivil yang mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia kerana Hamza berkemungkinan menghadapi hukuman mati di negaranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan